Propellerads

Kisah Sebenar Adi Putra Si Genius Yang Tidak Diiktiraf!

Masih ingatkah dengan si cilik genius yang pernah mengejutkan seantero dunia dengan kebijaksanaannya di dalam ilmu MATEMATIK? Lebih...

Masih ingatkah dengan si cilik genius yang pernah mengejutkan seantero dunia dengan kebijaksanaannya di dalam ilmu MATEMATIK?

Adi Putra Si Genius Yang Tidak Diiktiraf!

Lebih kurang sedekad kemunculannya yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran Matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri berjaya menarik perhatian pelbagai pihak sehingga ke negara Brunei.

Walaubagaimanapun, ramai pihak melahirkan rasa bimbang ekoran daripada permintaannya yang ingin berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan yang ada tidak bersesuaian dengan dirinya.

Pernah mengeluarkan kenyataan yang mengumpamakan dirinya seperti 'kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil'.

Kini, Adi Putra dikatakan banyak menghabiskan masa dengan memenuhi undangan daripada sekolah, universiti dan kumpulan-kumpulan tertentu bagi mendapatkan khidmat mengajar ilmu matematiknya yang luar biasa itu.

Adi Putra Si Genius Yang Tidak Diiktiraf!


Sehingga kini, Adi Putra berjaya mencipta formula matematik sebanyak 286. Namun disebalik kepintaran dan kejayaannya berkongsi ilmu matematik kepada umum, Adi Putra sehingga kini masih tidak mempunyai apa-apa kelayakan akademik secara bertulis.

Remaja genius yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini tidak mempunyai apa-apa sijil sah pengajian bahkan sijil sah dirinya mengikuti pengajian di peringkat A-level di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu turut gagal diperolehi.

Atas sebab faktor usianya terlalu muda, pembelajaran Adi Putra yang didakwa berjaya dihabiskan selama 2 tahun di UIA tidak diiktiraf.

"Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita…Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa.

"Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur," katanya. 

Dalam pada itu, Adi Putra juga berhasrat untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai cita0citanya yang ignin menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra Si Genius Yang Tidak Diiktiraf!

Bagaimanapun, disebabkan dana yang tidak mencukupi, Adi masih berada di Malaysia dan masih bersama-sam keluarga selain menjadi memenuhi jemputan untuk berkongsi ilmu matematik darinya.

"Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.

"Sasaran Adi ingin belajar di Monash University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya.

"Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak.

"Semuanya Adi kena bergerak sendiri. Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adi Putra kini lebih menumpukan kepada projek baharunya, Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri. Bukan itu sahaja, kelab itu juga berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.

"Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik.

"Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Kisah Sebenar Adi Putra Si Genius Yang Tidak Diiktiraf!
Kisah Sebenar Adi Putra Si Genius Yang Tidak Diiktiraf!
http://3.bp.blogspot.com/-kYfWl07In0s/VWKNWfEH5hI/AAAAAAAAAQc/PUtRSEWTBj0/s1600/Adi%2BPutra%2BSi%2BGenius%2BYang%2BTidak%2BDiiktiraf%2521%2B%25282%2529.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-kYfWl07In0s/VWKNWfEH5hI/AAAAAAAAAQc/PUtRSEWTBj0/s72-c/Adi%2BPutra%2BSi%2BGenius%2BYang%2BTidak%2BDiiktiraf%2521%2B%25282%2529.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/05/adi-putra-si-genius-yang-tidak-diiktiraf.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/05/adi-putra-si-genius-yang-tidak-diiktiraf.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy