Propellerads

AWAS! Kesan Buruk Pemakaian Tuala Wanita Yang Tidak Diketahui Ramai

Tuala wanita merupakan perkara wajib yang perlu ada bagi setiap wanita. Bertindak sebagai bahan penyerap ketika wanita didatang...

AWAS! Kesan Buruk Pemakaian Tuala Wanita Yang Tidak Diketahui Ramai

Tuala wanita merupakan perkara wajib yang perlu ada bagi setiap wanita. Bertindak sebagai bahan penyerap ketika wanita didatangi haid, darah nifas, selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan dan mengelakkan darah mengalir keluar lebih banyak daripada faraj.

Dengan kecanggihan teknologi kini, tuala wanita kini kebanyakannya diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak sebagai gel apabila ia menyerap cecair. Namun, tahukah anda disebalik daya tersebut?

Ramai tidak menyedari bahan berwarna putih jernih ini terlebih dulu diproses menggunakan campuran kimia seperti bahan pemutih (bleaching agent), nyahkuman menggunakan bahan disinfektan dan ada antaranya di tambah pewangi bertujuan menutupi bau tidak dikehendaki. 

Ketika proses pembuatan rayon daripada pulpa kayu, bahan kimia dioxin yang dilepaskan menyebabkan ada sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada bahagian vulva serta faraj.

AWAS! Kesan Buruk Pemakaian Tuala Wanita Yang Tidak Diketahui Ramai
Gambar sekadar hiasan.

KESAN SAMPINGAN PEMAKAIAN TUALA WANITA

1. Alahan kepada bahan kimia - Keadaan ini berlaku tanpa mengira tempoh pemakaian sama ada jangka masa pendek atau lama. Keradangan kulit ini boleh dikesan menerusi kegatalan, rasa panas terbakar dan bengkak pada alat kelamin. Bukan itu sahaja, tanda seperti ruam yang kadangkala berair, kulit merah dan melecet serta lelehan faraj berlebihan juga merupakan kesan alahan.

2. Radang pada alat kelamin - Berlaku pada sekita vulva akibat sensitiviti terhadap bahan terkandung yang dipanggil `vulvitis'. Mangsa akan rasa tidak selesa, panas pada kulit luar dan mungkin kegatalan. Radang ini kemungkinan terjadi akibat daripada pemakaian tuala wanita dalam jangka masa lama.

3. Melecet pada kulit luar alat kelamin - Dek kerana geseran antara tuala dan kulit semasa berjalan atau bergerak menyebabkan kulit mangsa melecur. Seringkali berlaku kepada mereka yang mungkin mengalamai masalah kulit kering yang menyebabkan mangsa berasa sakit atau tidak selesa dan pedih apabila terkena air.

4. Jangkitan kuman di vulva dan vagina - Merupakan komplikasi paling teruk. Pemakaian tuala wanita yang terlalu lama membenarkan pembiakan bakteria dengan cepat dan banyak sekaligus boleh menyebabkan jangkitan pada vulva dan vagina. Sekiranya dibiarkan berlarutan, jangkitan kulat akan terjadi. Tanda jangkitan kuman adalah sakit, bengkak, kulit melecet, berair atau bernanah dan lelehan faraj berlebihan.

Sila ambil perhatian bagi setiap wanita di luar sana. Bahaya ada di mana-mana sahaja tanpa kita sedar. Sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada anda, segeralah bertemu dengan doktor dan mendapatkan rawatan. Langkah berjaga-jaga harus diambil agar diri tidak terdedah dengan bahaya yang boleh membawa maut. - sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: AWAS! Kesan Buruk Pemakaian Tuala Wanita Yang Tidak Diketahui Ramai
AWAS! Kesan Buruk Pemakaian Tuala Wanita Yang Tidak Diketahui Ramai
http://1.bp.blogspot.com/-YueMCP7o2Rw/VWZsmYztdaI/AAAAAAAAAuc/Hsi8dgF4Rlw/s1600/AWAS%2521%2BKesan%2BBuruk%2BPemakaian%2BTuala%2BWanita%2BYang%2BTidak%2BDiketahui%2BRamai.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-YueMCP7o2Rw/VWZsmYztdaI/AAAAAAAAAuc/Hsi8dgF4Rlw/s72-c/AWAS%2521%2BKesan%2BBuruk%2BPemakaian%2BTuala%2BWanita%2BYang%2BTidak%2BDiketahui%2BRamai.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/05/awas-kesan-buruk-pemakaian-tuala-wanita.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/05/awas-kesan-buruk-pemakaian-tuala-wanita.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy