Propellerads

AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar

Perkara biasa bagi kita yang gemar keluar lepak mahupun makan di luar untuk memesan minuman yang melibatkan kandungan gula. Senan...

Perkara biasa bagi kita yang gemar keluar lepak mahupun makan di luar untuk memesan minuman yang melibatkan kandungan gula. Senang cakap order air manis satu!

Kadang-kadang tanpa kita sedar air yang kita pesan itu mengandungi kandungan gula yang mampu mengundang ke arah penyakit, sudah tentu penyakit utama kencing manis.

Pengambilan minuman seperti ini yang kerap tanpa sedar akan menjemput penyakit-penyakit yang tidak diingini hinggap dan akhirnya membuat diri menderita.

Semak minuman yang biasa dibeli dan diminum tanpa kawalan yang mungkin selepas ini dapat membuka mata untuk bertukar ke arah cara hidup yang sihat. Kalau amal air putih dan air detox rasanya ada kebaikan juga kan.

1. TEH TARIK
AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar

Minuman biasa dan menjadi pilihan ramai, tambah-tambah kalau mengeteh atau mengopi bersama kawan-kawan. Harga boleh tahan murah tapi kemanisannya boleh dikategorikan di tahap potong kaki.

Selalunya memang air jenis ni memang manis dan perlu manis barulah anda takkan panggil balik mamak yang buat teh ni untuk tambahkan lagi susu supaya lebih manis kan.

Ketahuilah, pengambilannya yang tidak terkawal punca utama kepada diabetes. Lain kali kalau nak order juga suruh mamak kurangkan manis.

2. KOPI 3 IN 1
AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar

Minuman ni pun antara pilihan ramai juga, tambah-tambah student. Kononnya nak stay-up malam-malam bancuh air ni minum dan tanpa minum air putih balik terus tidur. Sangat bahaya okay.

Sangat mudah untuk dibancuh kerana tidak memerlukan kita menggunakan gula kerana ia merupakan kopi pracampuran. Namun, tahukah anda ia juga menyumbang kepada kenaikan berat badan dan juga masalah lain? Kalau yang dah tak campur gula tu kia okay la juga, ni masih ada yang cuba untuk tambahkan lagi rasa manis itu dengan menambah lagi kandungan gula. Bahaya!

3. MINUMAN BERKARBONAT
AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar

Kandungan minuman ini sebenarnya umum sudah sedia maklum. Namun, mungkin tiada kesedaran diri, ramai yang gemar mengambilnya tanpa kawalan.

Akhirnya siapa yang susah? Diri sendiri juga yang merana. Kalau tak silap memang kandungan gula di dalam air tin dan berkarbonat yang banyak di kedai-kedai ni telah pun dimaklumkan.

4. JUS BUAH 
AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar

Ramai juga yang kononnya ingin diet hanya meminum air jus buah yang terdapat di pasaraya ini. Rasanya jus tersebut juga tidak kurang sama dengan air di dalam tin mahupun kotak yang lain kerana kandungan gulanya tetap mengundang kepada bahaya sekiranya pengambilan yang tidak terkawal.

Lebih baik beli buah dan buat jus itu sendiri, lagi fresh dan semula jadi.

5. MINUMAN TENAGA EXTRA JOSS 
AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar

Rasanya ramai yang tahu betapa manisnya air ni. Biasanya kebanyakan kedai akan menyediakan pesanan air tenaga ini.

Kononnya, tahap kemanisan air ini mampu untuk memberikan tenaga buat kita namun, memang tidak ada gunanya kalau dah minum kemudian tidur tanpa melakukan aktiviti mengeluarkan peluh.

Tengok betapa banyaknya pilihan-pilihan air yang mengandungi gula dan menjemput pelbagai penyakit terutama diabetes untuk hinggap kepada pengguna. Tak salah kalau nak mengambil minuman-minuman seperti ini kerana badan juga memerlukan gula tetapi biarlah orang cakap berpada-pada.

Tu tak masuk lagi dengan pengambilan makanan seharian kita yang semestinya mengandungi gula serta bahan-bahan tambahan lain lagi.

Sama-samalah kita mengamalkan hidup yang sihat. Tak rugi pun kalau kurangkan pengambilan gula yang berlebihan terutama di dalam minuman. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar
AWAS! Minuman Manis Pembunuh Tanpa Sedar
http://3.bp.blogspot.com/-zkJElOHNcqU/VWUqlpa4feI/AAAAAAAAAhc/5VzdfBGGWNc/s1600/AWAS%2521%2BMinuman%2BManis%2BPembunuh%2BTanpa%2BSedar%2B%25281%2529.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-zkJElOHNcqU/VWUqlpa4feI/AAAAAAAAAhc/5VzdfBGGWNc/s72-c/AWAS%2521%2BMinuman%2BManis%2BPembunuh%2BTanpa%2BSedar%2B%25281%2529.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/05/awas-minuman-manis-pembunuh-tanpa-sedar.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/05/awas-minuman-manis-pembunuh-tanpa-sedar.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy