Propellerads

Bahaya Kolagen Kepada Pengguna Tanpa Sedar, Pembunuh Dalam Diam!

Rasanya makanan tambahan kolagen tidak asing lagi dalam kalangan kita terutama golongan wanita. Rata-rata menganggap kolagen sangat penting...

Rasanya makanan tambahan kolagen tidak asing lagi dalam kalangan kita terutama golongan wanita. Rata-rata menganggap kolagen sangat penting bagi memastikan kecantikan diri terjaga.

Mungkin disebabkan hal sedemikian, lambakan kolagen di pasaran semakin meningkat. Namun, pernahkah anda terfikir kolagen juga mampu menjadi pembunuh di dalam senyap?

Mungkin mereka yang ghairah inginkan kecantikan dan hasil yang cepat untuk kelihatan lebih putih dan jelita, isu keselamatan ini tidak diutamakan.

Bahaya Kolagen Kepada Pengguna Tanpa Sedar, Pembunuh Dalam Diam!
Gambar sekadar hiasan.

Pengambilan kolagen yang menjadi kegilaan kaum wanita bagi mencerahkan kulit dan mengembalikan keanjalan kulit mampu mengundang bahaya kepada pengguna jika tersilap langkah.

Tak salah untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan namun dapatkan nasihat dari doktor pakar lebih baik daripada terus menggunakannya dengan sesuka hati.

Lebih-lebih lagi pelbagai produk seperti ini yang bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkan hasil yang cepat dan efektif mungkin mengandungi bahan-bahan campuran yang berbahaya. 

Penggunaan yang salah mampu merosakkan organ dalaman tanpa kita sedar, dan itulah bahayanya makanan tambahan kolagen ini.

Menerusi Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali, pengambilan kolagen tanpa had dan secara berterusan tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang.

Bahaya Kolagen Kepada Pengguna Tanpa Sedar, Pembunuh Dalam Diam!
Gambar sekadar hiasan.

"Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.

"Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut.

"Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.

"Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis," katanya. 

Bahaya Kolagen Kepada Pengguna Tanpa Sedar, Pembunuh Dalam Diam!
Gambar sekadar hiasan.

Menurutnya juga, kolagen ini kemungkinan besar mengandungi pengawet untuk menstabilkan produk. Sangat berbahaya apabila ia dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.

Memandangkan keupayaan atau keberkesanan produk kolagen ini bergantung kepada keupayaan badan menyerapnya, pengguna disarankan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan cara penggunaan yang lebih selamat.    

Penggunaan dan pengambilan produk kolagen yang berlebihan atau over-dose sememangnya bakal mengundang becana apabila organ badan kita tidak lagi mampu untuk menampung malah memproses bahan itu di dalam badan. 

Oleh itu, sedarlah wahai pengguna dan pengamal makanan tambahan kolagen sekalian, keselamatan diri harus diutamakan berbanding kecantikan. Kebanyakan produk hanya inginkan hasil yang memuaskan tanpa berfikir jangka masa yang panjang memandangkan industri suplemen ini sendiri sebenarnya tidak dipantau. Sekiranya anda ingin mencuba, dapatkan nasihat dan penerangan daripada doktor pakar. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Bahaya Kolagen Kepada Pengguna Tanpa Sedar, Pembunuh Dalam Diam!
Bahaya Kolagen Kepada Pengguna Tanpa Sedar, Pembunuh Dalam Diam!
http://1.bp.blogspot.com/-oeZSBvC_ubM/VWQWuDJvmtI/AAAAAAAAAbo/lHhBlYt8bF0/s1600/Bahaya%2BKolagen%2BKepada%2BPengguna%2BTanpa%2BSedar%252C%2BPembunuh%2BDalam%2BDiam%2521%2B%25283%2529.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-oeZSBvC_ubM/VWQWuDJvmtI/AAAAAAAAAbo/lHhBlYt8bF0/s72-c/Bahaya%2BKolagen%2BKepada%2BPengguna%2BTanpa%2BSedar%252C%2BPembunuh%2BDalam%2BDiam%2521%2B%25283%2529.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/05/bahaya-kolagen-kepada-pengguna-tanpa.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/05/bahaya-kolagen-kepada-pengguna-tanpa.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy