Propellerads

Tips Dan Contoh Hantaran Perkahwinan

Mereka yang merancang melangsungkan perkahwinan pasti tengah buntu dalam memilih hantaran perkahwinan yang sesuai pada hari istimewa nanti....

Mereka yang merancang melangsungkan perkahwinan pasti tengah buntu dalam memilih hantaran perkahwinan yang sesuai pada hari istimewa nanti. Setelah majlis merisik dan pertunangan selesai sudah pasti bakal pengantin sibuk mencari idea dan tips memilih hantaran perkahwinan yang sesuai. Diharap tips dan contoh hantaran perkahwinan yang dikongsikan disini dapat memberikan idea dan informasi dalam menyelesaikan masalah memilih barangan hantaran yang sesuai.

contoh hantaran perkahwinan


Tips memilih barang hantaran


1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.

2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.

3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.

5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.

7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.


Ini pula adalah antara contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki :

gambar hantaran perkahwinan
  • Sirih Junjung
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek/Kek Cawan
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Ini pula adalah antara contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan :


gambar hantaran perkahwinan
  • Mas kahwin/Duit Hantaran
  • Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Potpourri/Bunga Rampai
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Telekung
  • Beg Tangan
  • Set wangian /Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek/Kek Cawan/ Coklat

Pastikan memilihan barang hantaran dengan bijak mengikut bajet korang. Jangan sampai membazir tau, banyak perkara lagi untuk digunakan dengan duit majlis kahwin tersebut. Sekurangnya dapat reduce cost!

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tips Dan Contoh Hantaran Perkahwinan
Tips Dan Contoh Hantaran Perkahwinan
http://1.bp.blogspot.com/-rWM4r24RmsU/VWQbaaOpuyI/AAAAAAAAAcQ/S4vmpHtqCGM/s640/hantaran%2Bperkahwina2.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-rWM4r24RmsU/VWQbaaOpuyI/AAAAAAAAAcQ/S4vmpHtqCGM/s72-c/hantaran%2Bperkahwina2.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/05/tips-dan-contoh-hantaran-perkahwinan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/05/tips-dan-contoh-hantaran-perkahwinan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy