Propellerads

10 Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya!

Majlis perkahwinan saudara mara dan sahabat bakal berlangsung, kini sudah pasti bakal pengapit kekurangan idea dan tips bagi menjadi ...

tips menjadi pengapit pengantin

Majlis perkahwinan saudara mara dan sahabat bakal berlangsung, kini sudah pasti bakal pengapit kekurangan idea dan tips bagi menjadi seorang pengapit yang berjaya. Maklumlah pengapit pengantin merupakan orang penting dalam majlis tersebut. Jadi sekurangnya perlu lah tahu serba sedikit tips untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. 

Jom ikuti tips berguna bagi mereka yang bakal menjadi pengapit pengantin. 

Tips 1 : Sila bawa tisu bersama anda

Agak mustahil untuk bawa sekotak tisu bersama. Cukup sekadar satu atau dua pek kecil. Ini kerana apabila anda dan pengantin di atas pelamin, cahaya lampu meskipun penghawa dingin terasa sejuk tetapi dengan debaran yang dirasa, berpeluh juga tau! Tisu digunakan untuk lap peluh pengantin supaya boleh elak muka dan baju pengantin basah lencun!

Tips 2 : Alert dengan flow majlis

tips menjadi pengapit pengantin

Ini adalah sangat penting bagi mendapatkan anda yang bersedia. Jangan kan pula majlis dah nak bermula, awak baru berlari-lari nak kejar pengantin. Adalah penting untuk anda bersedia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini terjadi. 

Tips 3 : Jangan overshadow pengantin

Meskipun anda ingin dandan cantik kerana wajah anda turut sama menghiasi album album dan gambar gambar nanti. Jadi mestilah nak nampak cantik dan kacak bergaya. Tapi terapkan dalam minda bahawa ini bukan majlis anda. Boleh untuk anda melaram dan bergaya, Cuma beringat yaaa!

Tips 4 : Sentiasa senyum

tips menjadi pengapit pengantin

Sentiasa senyum. Barulah nampak manis dan ceria. Meskipun anda penat, panas, tutupkan semua demi pengantin yang tersayang denga senyuman indah anda. 

Tips 5 : Jangan pentingkan diri sendiri

Ini adalah hari di mana anda patut lebihkan pengantin dari diri anda sendiri. Ingat bahawa mereka adalah watak utama manakala anda pula watak sampingan. Jadi jauhi sifat pentingkan diri sendiri. Betulkan cara duduk mereka, ingatkan mereka untuk senyum. Ringankan tulang dan betulkan apa yang tidak kena pada pengantin. Seperti kain terangkat ke, butang baju tersalah ke, sampin senget ke, make up cair ke. Anda kena alert dan menjadi mata mereka!

Tips 6 : Berbincang dengan pengapit lelaki/perempuan tentang baju

tips menjadi pengapit pengantin

Untuk tampak manis dan seragam, dinasihatkan anda supaya berbincang terlebih dahulu berbincang dengan pasangan pengapit anda untuk pakai baju yang rona color sama. Supaya tidaklah sorang warna hijau pucuk pisang manakala pasangannya pula warna merah jambu. Kan lebih manis kalau warna baju anda sedondon. Tak gitu?

Tips 7 : 'Hamba'kan diri anda untuk sehari

Kerana anda yang berada di samping pengantin, jadi anda lah insan yang paling dekat dengan pengantin. Mereka akan lebih banyak bertanyakan kepada anda kerana senang. Bayangkan kalau pengantin terpaksa menjerit panggil sedara mara lain? Haru lah majlis. Jadi kalau ada sebarang yang pengantin perlukan, anda harus cepat cari. Seperti barang. Dan pula bagi sesi merenjis mempelai, anda harus peka dan pastikan bahawa bahan renjisan itu dibersih. Pendek kata, anda ibarat 'runner' lah untuk mereka.

Tips 8 : Sediakan baju melayu dan songkok

Bagi lelaki, ingat lah bahawa walaupun anda rasa 'ish ini bukan majlis aku' tetapi hormati lah majlis mereka. Jangan lah pula anda memilih untuk pakai sambil lewa. Asal ada. Cuba letakkan diri anda di tempat pengantin, di mana pengapit berpakaian seperti hendak keluar 'dating'. Tak manis bukan? Sediakanlah apa yang patut. Seperti baju melayu, dan songkok. Percayalah, anda pasti tampak kacak bergaya!

Tips 9 : Hormati keluarga pengantin


Jika anda sahabat kepada mempelai, pastikan etika dan pemakaian anda dijaga. Meskipun anda berpakaian kemas cantik berbaju melayu, tetapi pakai rantai, subang, gelang. Apa pula kata tetamu dan keluarga pengantin. Cuba formalkan diri anda untuk majlis. Okay?

Tips 10 : Penenang kepada pengantin

Bagi pengantin lelaki, anda selaku pengapit bertanggungjawab untuk memenangkan mereka. Pastinya debaran akan dirasai, jadi tugas anda untuk berseloroh dan berbual bual supaya hilang lah sikit rasa takut untuk akad nikah. Jangan pula anda takut takut pengantin. Kesian pengantin itu.

Good luck semua!

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: 10 Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya!
10 Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya!
http://3.bp.blogspot.com/-otLM9IDQjYM/VXUSUPskKxI/AAAAAAAAB6k/uh92MNqk7ec/s640/Tips%2BMenjadi%2BPengapit%2BPengantin6.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-otLM9IDQjYM/VXUSUPskKxI/AAAAAAAAB6k/uh92MNqk7ec/s72-c/Tips%2BMenjadi%2BPengapit%2BPengantin6.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/10-tips-menjadi-pengapit-pengantin-yang.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/10-tips-menjadi-pengapit-pengantin-yang.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy