Propellerads

13 Tips Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia sememangnya menjadi idaman bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun ia bukanlah ...


Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia sememangnya menjadi idaman bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun ia bukanlah perkara mudah untuk mencapai tahap itu dan beberapa perkara perlu dititikberatkan supaya rumah tangga yang dibina harmoni dan bahagia.

Antara tips untuk membina sebuah keluarga bahagia ialah :

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

4. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

5. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

6. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

7. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

foto dato' dr. haji. mohd. fadzilah kamsah

8. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

9. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah. 

10. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

11. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang, tenang, sabar, waras dan bijaksana dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

12. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

13. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: 13 Tips Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah
13 Tips Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah
http://3.bp.blogspot.com/-aCsFRWN99bo/VXUvzHxqVEI/AAAAAAAAB80/RJP6IjbJNe8/s1600/1.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-aCsFRWN99bo/VXUvzHxqVEI/AAAAAAAAB80/RJP6IjbJNe8/s72-c/1.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/13-tips-membina-keluarga-bahagia-oleh.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/13-tips-membina-keluarga-bahagia-oleh.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy