Propellerads

5 Ibu Mertua Paling Kejam Di Dunia!

Apabila manusia tidak lagi dapat berfikir secara waras, maka tidak mustahil seseorang itu akan bertindak di luar jangkaan demi memuaskan na...

Apabila manusia tidak lagi dapat berfikir secara waras, maka tidak mustahil seseorang itu akan bertindak di luar jangkaan demi memuaskan nafsu dan untuk kepentingan diri. 

Pada kebiasaannya kejam dan jahat ini lebih sinonim dengan ibu tiri namun kini bukan hanya ibu tiri sahaja yang mempunyai kelakuan jahat, ada juga mertua yang mempunyai sifat sedemikian.

Antara 5 mertua paling kejam di dunia ialah:-   

1) Carolyn Bourne
Mengugut Menantu Melalui E-mail

mertua paling kejam di dunia

Pada tahun 2011, Carolyn Bourne, didakwa telah mengirim e-mel kepada bakal menantunya yang ketika itu sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Dalam e-mel tersebut, wanita yang sudah mencecah usia 60 tahun ini mendedahkan semua keburukan calon menantunya.

Malangnya, emel yang dihantar tersalah masuk ke emel individu lain. Akhirnya emel yang dipenuhi kata-kata caci maki ini tersebar di internet dan Carolyn mendapat julukan sebagai 'monster-in-law'.

2) Diana Reaves Costarakis
Upah Pembunuh Upahan Bunuh Menantu

mertua paling kejam di dunia

Seorang nenek berusia 70 tahun sanggup menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh isteri anak lelakinya. Menurutnya, dia sanggup membunuh sendiri menantunya jika pembunuh upahan tidak mampu menamatkan riwayat isteri anak lelakinya itu.

Diana mengakui mahu membunuh menantunya apabila dia mendengar khabar angin kononnya wanita tersebut seorang pemabuk dan bakal meninggalkan anak lelakinya. Namun, perkara ini dinafikan oleh menantunya, Angela Costrakis.

3) Naseebah Bibi
Memaksa Menantu Jadi Hamba Selama 13 Tahun

mertua paling kejam di dunia

Naseebah Bibi telah memperlakukan menantunya bernama Nagina Akhtar seperti anjing. Menurut laporan, suami dan tiga orang anak Nagina dikatakan telah berpindah dari Pakistan ke Britain untuk bekerja. Namun, Nagina terpaksa tinggal di Pakistan untuk menjaga mertuanya.

Semenjak ditinggalkan suami, Nagina dilayan seumpama hamba tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Wanita malang ini telah dipaksa melakukan kerja-kerja rumah selama 24 jam tanpa henti.

4) Felistus Gopoza
Paksa Kahwin Dengan Menantu

mertua paling kejam di dunia

Seorang ibu mertua bernama Felistus Gopoza dikatakan telah memaksa bekas menantu lelaki supaya berkahwin dengannya. Dikatakan anak perempuan kepada Felistus Gopoza telah meninggal dunia pada tahun 2008. Dua tahun selepas itu, Felistus Gopoza telah jatuh hati kepada bekas suami mendiang anaknya, Judah Magarasadza. 

Demi memenuhi keinginan hati, Felistus telah menggunakan taktik kotor untuk memaksa Judah berkahwin dengannya.

5) Sahar Gul
Didera Kerana Enggan Jadi Pelacur

mertua paling kejam di dunia

Seorang remaja Afghanistan berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci dalam tandas oleh keluarga suaminya kerana enggan menjadi pelacur.

Keluarga mertua Sahar Gul, mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap selama kira-kira lima bulan tanpa makanan dan minuman yang mencukupi. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: 5 Ibu Mertua Paling Kejam Di Dunia!
5 Ibu Mertua Paling Kejam Di Dunia!
http://1.bp.blogspot.com/-bFSuuLGea9c/VYd2Xsey9UI/AAAAAAAAD4Q/71BSimOiNKI/s640/10.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-bFSuuLGea9c/VYd2Xsey9UI/AAAAAAAAD4Q/71BSimOiNKI/s72-c/10.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/5-ibu-mertua-paling-kejam-di-dunia.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/5-ibu-mertua-paling-kejam-di-dunia.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy