Propellerads

7 Petua Mudah Cantik Berseri-seri Di Pelamin!

Bagi wanita, tampil berseri-seri dihari bersejarahnya adalah amat penting. Apakah hari bersejarah itu?. Sudah tentu disaat anda berada ...

Petua Mudah Cantik Berseri-seri Di Pelamin

Bagi wanita, tampil berseri-seri dihari bersejarahnya adalah amat penting. Apakah hari bersejarah itu?. Sudah tentu disaat anda berada di atas pelamin. Buat bakal pengantin baru eloklah melihat perkongsian kali ini bagi menyerlahkan kecantikan anda pada hari tersebut. Satu lagi jangan lupa baca 'Tips Malam Pertama Kepada Pengantin Baru Menurut Islam'. Opss!

Perkongsian tips ini amat sesuai untuk anda dalam menjaga diri tiga bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. 

Petua Mudah Cantik Berseri-seri Di Pelamin

#1 Rutin Membersih Wajah
Amalkan membersihkan wajah dengan betul (mencuci, scrub, toner, penggunaan serum serta penggunaan krim malam dan siang). Jangan ambil ringan kerana wajah yang bersih menampilkan solekan yang lebih mulus ketika anda di atas pelamin nanti.

#2 Jari, Tangan Dan Kuku
Jari tangan adalah aset penting di mana cincin disarung dan pasti ia menjadi tumpuan lensa kamera. Kuku boleh diubah bentuk menjadi cantik dalam masa tiga bulan jika anda tahu bagaimana membentuknya dengan baik kerana ia cepat tumbuh semula. Pastikan guna krim tangan setiap hari.

#3 Rawatan Wajah
Selain menjadikan wajah lebih bersih, ia memberi peluang untuk anda berehat daripada penat lelah membuat persiapan perkahwinan. Tidak semestinya perlu ke salun setiap minggu. Gunakan pupur wajah yang dibuat sendiri atau jenama kegemaran anda di rumah.

Petua Mudah Cantik Berseri-seri Di Pelamin

#4 Gigi
Gigi yang putih berseri menyumbang kepada ukiran senyuman yang manis. Kalau boleh buat rawatan di klinik gigi yang bersesuaian serta berus gigi setiap kali selepas makan.

#5 Krim SPF Dan Alat Solek Yang Betul 
Sentiasa gunakan krim SPF ketika keluar rumah. Jangan tukar nama jenama alat solek yang lain pada waktu ini, bimbang jika ia tidak sesuai untuk anda dan menjadikan kulit anda bermasalah.

#6 Mata
Amat penting untuk memastikan kulit di sekitar mata tiada tanda kedut mahupun lingkaran hitam yang sukar untuk hilang dalam sekelip mata! . Amalkan pemakaian krim mata dan pupur mata pada waktu malam sebelum tidur. Pastikan juga anda sentiasa terhidrat kerana kurang minum air masak menjadikan lingkaran hitam semakin ketara. Juga buat anda yang ingin menggunakan kanta lengkap, biasakan diri tiga bulan sebelum. Jangan pula baru nak mencuba pada hari penting nanti. Gusar kesan iritasi atau mata kemerahan kerana tidak biasa. Anda perlu rasa selesa!

#6 Badan
Gunakan losen badan selepas mandi. Pasti anda mahu kelihatan cantik di mata suami pada malam pertama. Jaga bahagian-bahagian tertutup seperti ketiak dan bahagian pelipat. Pakai wangian yang sesuai dengan personaliti diri supaya dapat meningkatkan keyakinan diri.

Semoga dengan adanya perkongsian ini mampu membuatkan anda benar-benar cantik di pelamin dan menjadi yang tercantik dalam majlis tersebut. Good luck! -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: 7 Petua Mudah Cantik Berseri-seri Di Pelamin!
7 Petua Mudah Cantik Berseri-seri Di Pelamin!
http://2.bp.blogspot.com/-jJMyaQBi2yE/VX_a581adLI/AAAAAAAADVk/F_U9nTpUf0g/s640/Petua%2BMudah%2BCantik%2BBerseri-seri%2BDi%2BPelamin2.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-jJMyaQBi2yE/VX_a581adLI/AAAAAAAADVk/F_U9nTpUf0g/s72-c/Petua%2BMudah%2BCantik%2BBerseri-seri%2BDi%2BPelamin2.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/7-petua-mudah-cantik-berseri-seri-di.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/7-petua-mudah-cantik-berseri-seri-di.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy