Propellerads

Amalan Sunnah Rasulullah Yang Digalakkan Dalam Kehidupan Seharian!

Sunnah adalah perkara yang diriwayatkan oleh Rsulullah baik dari perkataan, perbuatan ataupun persetujuan. Sunnah juga bererti sesiapa ...

amalan sunnah rasulullah yang digalakkan dalam kehidupan seharian

Sunnah adalah perkara yang diriwayatkan oleh Rsulullah baik dari perkataan, perbuatan ataupun persetujuan. Sunnah juga bererti sesiapa yang mengamalkan sunnahnya akan mendapat pahala namun tidak pula mendapat dosa bagi yang tidak mengamalkannya.

Antara sunnah yang digalakkan untuk diamalkan ialah :-

1) Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat yang dilakukan apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya ialah mendapat pengawasan ALLAH dan menampakkan kesan ketaatan pada wajahnya, dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin, percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana. 

2) Membaca Al-Quran Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbit matahari. Besar pahala bagi orang yang membaca Al-Quran dan mengkaji serta memahami isinya.

3) Solat Berjemaah Di Masjid

Solat yang lebih baik ialah solat berjemaah di masjid kerana pahala sangat besar. Bahkan pahala orang yang bersolat itu dikira pada setiap langkahnya ke masjid. Selain itu,orang yang solat berjemaah akan mendapat pahala sebanyak 27 pahala berbanding solat bersendirian yang hanya mendapat 1 pahala sahaja.

4) Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha merupakan solat yang sangat digalakkan oleh Rasulullah kepada umatnya kerana solat sunat Dhuha mempunyai banyak kelebihan. Di antara kelebihan solat sunat Dhuha ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampailah sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. 

5) Bersedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana ALLAH. Bagi orang yang rajin bersedekah, ALLAH akan menggandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah ruah.

6) Menjaga Wudhu'

Wuduk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi ALLAH.

7) Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan kepada ALLAH atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada ALLAH tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. 

Jom sama-sama amalkan sunnah Rasulullah. Moga-moga kita semua beroleh keberkatan dan mendapat keredhaan dalam kehidupan. InshaAllah! -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Amalan Sunnah Rasulullah Yang Digalakkan Dalam Kehidupan Seharian!
Amalan Sunnah Rasulullah Yang Digalakkan Dalam Kehidupan Seharian!
http://2.bp.blogspot.com/-HDqMqiyFy64/VYeUX3VehzI/AAAAAAAAD6s/LEXM6vESwA4/s640/2.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-HDqMqiyFy64/VYeUX3VehzI/AAAAAAAAD6s/LEXM6vESwA4/s72-c/2.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/amalan-sunnah-rasulullah-yang.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/amalan-sunnah-rasulullah-yang.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy