Propellerads

Amalan Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan Yang Perlu Dicontohi!

Setiap amal kebaikan yang dilakukan pasti dijanjikan ganjaran pahala dariNya. Sempena bulan yang mulia ini, rebutlah peluang dengan mem...

amalan yang digalakkan dalam bulan ramadhan yang perlu dicontohi

Setiap amal kebaikan yang dilakukan pasti dijanjikan ganjaran pahala dariNya. Sempena bulan yang mulia ini, rebutlah peluang dengan memperbanyakkkan amal ibadat. Bulan Ramadhan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan berbanding bulan-bulan biasa. Bulan dimana dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. SubhanaAllah!

Antara amalan yang digalalakkan dalam bulan Ramadhan ialah : -

1) Membaca 1 juzuk al-Quran (minima) Sehari

Untuk menghabiskan 1 juzuk Al-Quran bersamaan 20 muka surat, anda memerlukan 1 jam  masa untuk diluangakn bagi menghabiskan 1 juzuk. Namun ia bergantung kepada kefasihan anda dalam membaca Al-Quran. 

2) Bersedekah

Hulurkan sedekah bagi mereka yang tidak berkemampuan bagi meringankan beban mereka. Tujuan kita berpuasa adalah untuk sama-sama merasa kesusahan orang miskin yang tidak makan sepanjang hari.

"Sedekah itu tidak memiskinkan kamu, tetapi membuka pintu rezeki kamu lebih luas. Maka bersedekahlah."

3) Menuntut Ilmu 

Pergilah berjumpa guru-guru yang bertauliah, belajarlah al-Quran dan sebagainya. Jika terdapat majlis ilmu, maka sertailah.

Sesiapa yang memberi alasan tidak dapat menuntut ilmu, itu bukan bermakna anda terhalang oleh urusan anda, tetapi Allah s.w.t TIDAK MAHU anda dalam majlis ilmu, nauzubillah!

Di dalam bulan Ramadhan, pasti ada banyak majlis ilmu. Menonton televisyen berunsurkan ilmu juga bermanfaat.

Pesanan Imam Syafie :
Jika kamu tidak merasa keperitan menuntut ilmu, maka rasalah keperitan dalam kebodohan.

4) Berzikir

Zikir tidak semestinya melafazkan kalimah-kalimah zikir. Maksud zikir adalah mengingati Allah S.W.T. Maka jika menuntut ilmu mengingatkan anda kepada Allah, tuntutlah ilmu. Jika solat mengingatkan anda kepada Allah, solatlah. Jika melafazkan tasbih dan tahmid mengingatkan anda kepada Allah, lakukanlah.

5) Solat Terawih

Solat sunat tarawih adalah Sunat Muakkad yang bermaksud amalan yang dituntut  untuk dilaksanakan dan besar pahalanya, di bawah taraf wajib.
Maka kutiplah sebanyak mana pahala yang mungkin. Kita tidak tahu Ramadhan akan datang kita dapat sambut ataupun tidak.

6) Qiyammullail

Qiyamullail turut digalakkan. Qiyamullail bermaksud bangun di malam hari untuk melaksanakan solat sunat tahajjud dan ibadat-ibadat sunat. Ini termasuk sunnah baginda Muhammad S.A.W.

Antara amalan pada Qiyamullail adalah solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, menghafal al-Quran dan berzikir serta refleksi diri.

7) Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada zaman ini tidak semestinya perlu keluar berdakwah. Dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, macam-macam medan sosial yang ada seperti facebook, twitter dan sebagainya. Maka gunakanlah ia sebaiknya.

Anda boleh sahaja memberikan nasihat dan perkongsian ilmu yang sahih. Elakkan mengeluarkan ilmu ciptaan atau ilmu yang tidak ada asal-usul.

Semoga dengan amalan yang dilakukan akan melipatgandakan lagi pahala kita. InshaAllah! -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Amalan Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan Yang Perlu Dicontohi!
Amalan Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan Yang Perlu Dicontohi!
http://1.bp.blogspot.com/-B-5ZKIoscoc/VYIjOzTuNnI/AAAAAAAADfU/8Iezc-aAT-I/s640/10.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-B-5ZKIoscoc/VYIjOzTuNnI/AAAAAAAADfU/8Iezc-aAT-I/s72-c/10.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/amalan-yang-digalakkan-dalam-bulan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/amalan-yang-digalakkan-dalam-bulan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy