Propellerads

Antara Golongan Orang Yang Dimakbulkan Doa Oleh Allah

Tahukah anda, doa merupakan senjata bagi umat Islam? Doa merupakan usaha yang selalu dilakukan manusia khususnya umat Islam bagi memo...

Antara Golongan Orang Yang Dimakbulkan Doa

Tahukah anda, doa merupakan senjata bagi umat Islam? Doa merupakan usaha yang selalu dilakukan manusia khususnya umat Islam bagi memohon sesuatu keinginan untuk digapai.

Bagi umat Islam, Allah sendiri menyarankan agar hambaNya meminta atau berdoa kepadaNya bukan selain dariNya.

Allah SWT berfirman, 

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina,"

(QS. Al-Mu’min: 60).

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, setiap doa hamba-hambaNya pasti akan dimakbulkan sama ada lambat ataupun cepat dan datang dalam pelbagai bentuk, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Namun, disebalik kita berdoa tahukah antara golongan yang manakah Allah kabulkan doanya?

1. Doa Orang Tua Kepada Anaknya

Doa ibu bapa sememangnya doa yang sangat diberkati malah akan dimakbulkan oleh Allah. Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya.

Maka, disebabkan itu anak-anak tidak boleh sama sekali menderhakai kedua orang tuanya kerana balasan neraka itu pasti bagi mereka yang derhaka.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

2. Doa seorang Musafir Sehingga Ia Kembali Dari Pejalanan

Doa mereka yang bermusafir dengan tujuan yang baik kerana Allah SWT. merupakan doa yang akan dimakbulkan Allah. Namun, tujuan yang baik bermaksud mereka yang menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

3. Doa Orang Yang Teraniaya

Percayalah, doa mereka yang teraniaya antara doa yang dimakbulkan oleh Allah. Alla SWT. sangat murka akan mereka yang melakukan kezaliman dan kekejaman antara satu sama lain.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda: 

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas
seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

4. Doa Orang Yang Berpuasa Sehingga Ia Berbuka

Puasa merupakan amalan sunat yang dituntut dan disukai oleh Allah selain berpuasa di bulan Ramadhan yang menjadi kewajipan bagi semua umat Islam.

Para malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan melainkan Allah SWT. 

Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi:

"Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya."

Nabi SAW bersabda maksudnya: 

"Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh
Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Sesungguhnya, mereka yang berpuasa ikhlas kerana Allah pasti akan mendapat ganjaran besar dariNya malah doa mereka diangkat dan dimakbulkan Allah SWT.

5. Doa Pemimpin Yang Adil

Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak malah tidak menzalimi rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. 

Keadilan bukan saja dilihat daripada pengagihan kekayaan kepada rakyat jelata, tetapi adil yang sebenarnya adalah menjalankan peraturan dan undang-undang Allah. Pemimpin seperti ini sesungguhnya akan dirahmatiNya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : 

"Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan
doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

6. Doa Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Dari Tempat Jauh

Selemah-lemah manusia adalah mereka yang tidak mampu mencari sahabat. Persahabatan dalam Islam ialah persahabatan kerana Allah SWT.

Bertemu mahupun berpisah hanya kerana Allah dalam menjalankan amar maruf dan nahi mungkar. Maka antara yang dijanjikan Allah, doa antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah antara doa yang dimakbulkan di sisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan
diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi S.AW. pernah bersabda: 

"Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu."

7. Doa Anak Soleh Terhadap Orang Tuanya

Seorang anak yang soleh dapat membantu ibu bapanya sehingga ke akhir hayat mereka. Tiada apa yang penting melainkan sedekah yang amal jariah seorang anak yang soleh diberikan kepada kdua ibu bapanya apabila sudah tiada di dunia lagi.

"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali
tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu
mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: 

"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): "Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu." (Riwayat Ahmad)

Wallahualam. -sensasi.org-

Antara Golongan Orang Yang Dimakbulkan Doa

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Antara Golongan Orang Yang Dimakbulkan Doa Oleh Allah
Antara Golongan Orang Yang Dimakbulkan Doa Oleh Allah
http://3.bp.blogspot.com/-qwZ9rz8c7gs/VX526znlM1I/AAAAAAAADKc/fWeZHk2it6A/s640/Antara%2BGolongan%2BOrang%2BYang%2BDimakbulkan%2BDoa%2B%25282%2529.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-qwZ9rz8c7gs/VX526znlM1I/AAAAAAAADKc/fWeZHk2it6A/s72-c/Antara%2BGolongan%2BOrang%2BYang%2BDimakbulkan%2BDoa%2B%25282%2529.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/antara-golongan-orang-yang-dimakbulkan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/antara-golongan-orang-yang-dimakbulkan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy