Propellerads

Bagaimana Menghilangkan Bulu Kaki Dengan Mudah?

Setiap manusia memiliki bulu yang menyelaputi anggota badan mereka. Namun, bezanya sama ada bulu tersebut lebat atau pun tidak. Kebiasa...

Bagaimana Menghilangkan Bulu Kaki Dengan Mudah?

Setiap manusia memiliki bulu yang menyelaputi anggota badan mereka. Namun, bezanya sama ada bulu tersebut lebat atau pun tidak. Kebiasaannya perempuan memiliki bulu yang sangat halus berbanding dengan lelaki. Pun begitu wujud perempuan yang bulunya agak lebat terutama sekali di kaki. Lazimnya bulu akan tumbuh di tangan, kaki, wajah, dada dan punggung.

Tindakan mencukur bulu kaki mendorong ia tumbuh lebih kasar dan lebat. Bagaimana ntuk menghilangkan bulu kaki dengan cara mudah?

1. Laser Hair Removal
Ia boleh menghilangkan bulu kaki malah mencegah ia daripada kembali tmmbuh. Teknik sinaran laser akan membakar akarnya sehingga bahagian yang terkena laser tidak akan ditumbuhi bulu kembali. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang agak mahal.

2. Waxing
Cara ini sangat popular dan seringkali diguna pakai. Mudah sahaja, dengan melekatkan kain ke kulit yang sudah disapu cecair khas untuk waxing, tarik sahaja dan bulu-bulu tersebut akan melekat pada kain. Hasilnya, kulit akan kelihatan licin dan bersih.

3. Electrolysis
Jarang diketahui ramai, ia dilakukan dengan cara memasukkan jarum ke dalam pori-pori bulu kaki. Seterusnya arus elektrik dialirkan ke jarum tersebut dan bulu-bulu itu kemudiannya dicabut dengan menggunakan pencabut bulu. Teknik electrolysis hanya boleh dilakukan oleh pakarnya dan melalui kaedah ini juga bulu kaki akan hilang secara kekal.

Bagaimana anda ingin menghilangkan bului kaki dengan cara semula jadi?

1. Dengan hanya menggunakan 2 biji telur, pukul sehingga kembang. Kemudian tambahkan dua sudu besar gula dan 2 sudu besar tepung gandum, sapukan ia ke seluruh bahagian kaki. Biarkan selama 5-10 minit, kemudian gosok-gosokan secara perlahan-lahan supaya bulu-bulu kaki tersebut rosak.

2. Gunakan lemon, gula atau limau nipis mahupun madu, campurkan 2 sudu besar gula, 2 biji lemon atau limau nipis, 2 sudu besar dan sedikit air. Kemudian panaskan campuran tadi sehingga mendidih serta membentuk karamel.

Sejukkan bahan itu tadi kemudian sapukan ke bahagian kaki yang ingin dihapuskan bulunya. Letakkan dan tekaankan kain diatasnya. Setelah itu tarik kain perlahan-lahar dari arah yang berlawanan.

Karamel yang menempel pada bulu kaki akan memudahkan penarikan bulu sehingga tidak terasa sakit. Bukan itu sahaja, campuran bahan ini juga dapat mengangkat sel kulit mati sehingga kulit kaki anda menjadi lebih halus.

Bagaimana Menghilangkan Bulu Kaki Dengan Mudah?
Apa tunggu lagi, selamat mencuba! -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Bagaimana Menghilangkan Bulu Kaki Dengan Mudah?
Bagaimana Menghilangkan Bulu Kaki Dengan Mudah?
http://3.bp.blogspot.com/-wA3JnDAiPnk/VXAPnv2uinI/AAAAAAAAB0A/zQnDOd6GZig/s1600/Bagaimana%2BMenghilangkan%2BBulu%2BKaki%2BDengan%2BMudah%2B%25282%2529.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-wA3JnDAiPnk/VXAPnv2uinI/AAAAAAAAB0A/zQnDOd6GZig/s72-c/Bagaimana%2BMenghilangkan%2BBulu%2BKaki%2BDengan%2BMudah%2B%25282%2529.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/bagaimana-menghilangkan-bulu-kaki.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/bagaimana-menghilangkan-bulu-kaki.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy