Propellerads

Ketahui 4 Rahsia Wanita Mudah Masuk Syurga!

Syurga itu mahal.....berjuang! , itulah kata-kata yang sentiasa terpahat dimemori sehingga kini. Setiap manusia yang beragama islam pas...

rahsia wanita mudah masuk syurga

Syurga itu mahal.....berjuang!, itulah kata-kata yang sentiasa terpahat dimemori sehingga kini. Setiap manusia yang beragama islam pasti idamkan syurga Allah lebih-lebih lagi wanita muslimah. Panduan rahsia ini cukup mudah untuk wanita masuk syurga jika diamal dan dilaksanakan. Insyaallah syurga bakal milik anda jika '25 Darjat Dan Kelebihan Wanita Solehah Yang Perlu Dicontohi' dijadikan panduan dalam hidup. 

#1 Solat Fardu 5 Waktu

rahsia wanita mudah masuk syurga

Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

#2  Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.

#3 Menjaga Kehormatan Diri

Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia. Jadi '13 Aurat Wanita Yang Tidak Boleh Diambil Mudah' dan dipelihara agar syurga menjadi milik anda. 

rahsia wanita mudah masuk syurga

Menutup aurat dengan sempurna harus dibangga dan tidak perlu dimalukan kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.

#4  Taat Perintah Suami

Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gempak’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘meletup’ kantung pahala anda!

Amacam? Berani menyahut cabaran dalam mengejar syurga? Senang bukan untuk kumpul pahala ke syurga. Wanita, ambil lah peluang ini untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT, penulis yakin di syurga nanti ramai wanita yang menjadi penghuninya jika 4 perkara tersebut dipelihara dan diamalkan. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Ketahui 4 Rahsia Wanita Mudah Masuk Syurga!
Ketahui 4 Rahsia Wanita Mudah Masuk Syurga!
http://1.bp.blogspot.com/-lvmjaXirumY/VYe-esE7z9I/AAAAAAAAD9E/HYAp8go7__s/s1600/Rahsia%2BWanita%2BMudah%2BMasuk%2BSyurga2.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-lvmjaXirumY/VYe-esE7z9I/AAAAAAAAD9E/HYAp8go7__s/s72-c/Rahsia%2BWanita%2BMudah%2BMasuk%2BSyurga2.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/ketahui-4-rahsia-wanita-mudah-masuk.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/ketahui-4-rahsia-wanita-mudah-masuk.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy