Propellerads

Ketahui 5 Tips Mudah Kurus Di Bulan Ramadhan!

Tibanya bulan Ramadhan, inilah masa yang tepat untuk kita semua mengerjakan ibadah puasa sambil menguruskan badan. Jadi, mereka yang ...

Tips Mudah Kurus Di Bulan Ramadhan

Tibanya bulan Ramadhan, inilah masa yang tepat untuk kita semua mengerjakan ibadah puasa sambil menguruskan badan. Jadi, mereka yang telah lama idamkan untuk kurus apa kata melihat perkongsian tips mudah untuk kurus di bulan puasa. Tetapi awas, jangan pula disebabkan puasa korang kurang pergerakan fizikal, harus juga aktif tau!. Kepada pasangan suami isteri pula ketahui '4 Tips Bersetubuh Di Bulan Ramadhan', jangan sampai terbatal puasa pula. 

Di bulan puasa, adakah badan benar-benar semakin kurus atau semakin gemuk?. Ramai orang yang makan mengikut nafsu apabila berbuka tanpa sedari segala diet dan pemakanan seimbang terabai dan tidak diberi perhatian. Lagi satu 'Ketahui Minuman Menakjubkan Untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari' meningkatkan peluang untuk kurus. 

Sambil mengerjakan ibadah puasa, jom ikuti tips kuruskan badan :-

Tips Mudah Kurus Di Bulan Ramadhan

#1 Merancang aktiviti fizikal 
  • Lakukan 15-45 minit senaman ringan seperti berjalan, mengemas rumah dan sebagainya. Ianya baik untuk mengedaran darah semasa berpuasa
  • Kurangkan tidur dan lebihkan solat yang juga merupakan satu senaman. Anda dapat membakar sebanyak 60-80 kalori (mengikut berat badan anda) dengan menunaikan solat 5 waktu atau 17 rakaat.
  • Solat tarawih adalah juga satu kegiatan fizikal yang menguja kekuatan anda. Cuba kirakan berapa kalori dibakar apabila anda mengerjakan solat tarawih 20 rakaat?
  • Anda juga dapat membakar 50-80 kalori  membaca selama satu jam? Bacalah Al-Quran di mana-mana jua anda berada. Ia membuatkan anda sentiasa peka dan minda anda juga dapat diasah.

#2 Makan mengikut kalori  yang bersesuaian

Tips Mudah Kurus Di Bulan Ramadhan
  • Mengambil sebanyak 1200-2000 kandungan kalori setiap hari
  • Walaupun puasa kita masih perlu mengira secara terperinci kandungan kalori setiap makanan . Jangan lupa dua biji kurma mengandungi sekurang-kurangnya 45 kalori. Kalau anda memakan 10 biji kurma, anda telah mengambil sekurangnya 225 kalori. 
  • Makanlah seperti sediakala. Tidak perlu ditokok tambah pemakanan anda semasa berbuka puasa.

#3 Berbuka dengan makanan penurunan berat badan

  • Lebihkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan vitamin
  • Makan makanan yang  tinggi fiber & protin untuk menyeimbangkan kandungan gula, menghilangkan rasa lapar dan berlebihan makan
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak

#4 Mengawal kadar pengambilan air
  • Minum dengan kadar yang bersesuaian dengan berat badan
  • Elak dari mengambil makanan yang masin kerana boleh menambahkan rasa dahaga di siang hari
  • Elakkan minuman berais atau minum secara berlebihan semasa berbuka.

#5 Rancangkanlah pemakanan anda
  • Bangun sahur dan mengambil makan & minum yang secukupnya untuk bekalan puasa seharian
  • Membeli dan menyediakan juadah yang berkhasiat dan bersahur dengan kadar yang mencukupi
  • Sama-samalah kita elakkan pembaziran wang dan makanan.


Kepada yang teruja nak sambut raya tu, kalau mahu muat memakai baju raya pada bulan hadapan jangan lupa untuk jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang tau!. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Ketahui 5 Tips Mudah Kurus Di Bulan Ramadhan!
Ketahui 5 Tips Mudah Kurus Di Bulan Ramadhan!
http://1.bp.blogspot.com/-BqDc_VaRhbE/VYZrZ9maKJI/AAAAAAAADzY/V5DGKa9EMK0/s1600/Tips%2BMudah%2BKurus%2BDi%2BBulan%2BRamadhan3.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-BqDc_VaRhbE/VYZrZ9maKJI/AAAAAAAADzY/V5DGKa9EMK0/s72-c/Tips%2BMudah%2BKurus%2BDi%2BBulan%2BRamadhan3.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/ketahui-5-tips-mudah-kurus-di-bulan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/ketahui-5-tips-mudah-kurus-di-bulan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy