Propellerads

Ketahui Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Yang Sering Dinanti-Nantikan Umat Islam!

Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan, 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa, maka 10 hari ter...

keistimewaan malam lailatul qadar

Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan, 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa, maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam tersebut dipanggil malam Lailatul Qadar dimana malam yang amat dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.

Keistimewaan malam Lailatul Qadar ialah:- 

Turunnya Al-Quran

Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”

Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Amalan di Lailatul Qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan dimana solat dan amalan pada Lailatul Qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat Lailatul Qadar.

Malam Penuh Keberkatan

Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.

Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

Turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.

Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)

Malam Kesejahteraan

Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.

Dicatatkan Takdir Tahunan

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun.

Dosa Diampunkan

“Barangsiapa mengerjakan solat pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.” (HR. Bukhari no. 1901).

Rebutlah peluang di 10 malam terakhir Ramadhan sementara masih ada. Kerana kita tidak pasti akan berjumpa lagi ataupun tidak Ramadhan akan datang. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mampu beribadah dan meraih ganjaran pahala pada malam Lailatul Qadar. InshaAllah! 

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Ketahui Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Yang Sering Dinanti-Nantikan Umat Islam!
Ketahui Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Yang Sering Dinanti-Nantikan Umat Islam!
http://3.bp.blogspot.com/-0gCML9zPkyQ/VYZrX-5qphI/AAAAAAAADzQ/dNFoRNuz8LI/s640/6.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-0gCML9zPkyQ/VYZrX-5qphI/AAAAAAAADzQ/dNFoRNuz8LI/s72-c/6.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/ketahui-keistimewaan-malam-lailatul.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/ketahui-keistimewaan-malam-lailatul.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy