Propellerads

Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Wanita Yang Perlu Diamalkan!

Tanpa tubuh yang sihat, apalah maknanya harta dan kekayaan kerana kesihatan adalah kekayaan yang tiada bandingannya. Amalan pemakanan y...

makanan terbaik untuk kesihatan wanita yang perlu diamalkan

Tanpa tubuh yang sihat, apalah maknanya harta dan kekayaan kerana kesihatan adalah kekayaan yang tiada bandingannya. Amalan pemakanan yang sihat juga menjadi faktor penting untuk kita supaya senantiasa berada dalam keadaan sihat.

Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut.

Antara makanan yang terbaik untuk kesihatan wanita ialah :- 

1) Sayuran hijau. Sayuran hijau menyediakan nutrient dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. 

2) Makanan penuh Vitamin C. Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Disamping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan-buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.

3) Air. Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

4) Protein soya. Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

5) Jus kranberi. Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

6) Bijirin penuh. Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, emping bran, roti gandum, dan barli.

7) Makanan tinggi folat. Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Wanita Yang Perlu Diamalkan!
Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Wanita Yang Perlu Diamalkan!
http://2.bp.blogspot.com/-rHBUmtUO-vE/VX6EFdbL9XI/AAAAAAAADKs/4zcCJXIMdog/s640/2.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-rHBUmtUO-vE/VX6EFdbL9XI/AAAAAAAADKs/4zcCJXIMdog/s72-c/2.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/makanan-terbaik-untuk-kesihatan-wanita.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/makanan-terbaik-untuk-kesihatan-wanita.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy