Propellerads

Peristiwa Pelik Al Hafidz Di Bilik Pembedahan Jadi Teladan

Kisah ini kisah benar yang diceritakan mengenai seorang pesakit dari negara Mesir ketika menjalani pembedahan. Pesakit yang berusia 60-...

Peristiwa Pelik Al Hafidz Di Bilik Pembedahan Jadi Teladan

Kisah ini kisah benar yang diceritakan mengenai seorang pesakit dari negara Mesir ketika menjalani pembedahan. Pesakit yang berusia 60-an itu merupakan seorang Hafidz Al Quran dan saat dirinya dimasukkan ke dalam bilik bedah, dirinya menangis.

Difahamkan, pembedahan beliau tidak berbahaya seperti mereka yang lain. Ikuti kisah seorang doktor yang menceritakan saat yang menyentuh hati dan menjadi teladan kepada Syeikh Muhammad Hassan...
Doktor: "Mengapakah kamu menangis sedangkan kamu adalah seorang Hafidz Al Quran? Wajah kamu berseri², kamu adalah tauladan bagi kami, (mengapakah kamu menangis)?"

(Bukankah sepatutnya ahli Al Quran itu bersifat tenang dalam segala keadaan kerana Al Quran menjadi amalannya, Al Quran berada dalam dadanya. Tapi pesakitnya ni agak pelik, beliau tak menunjukkan sifat tenang atau seperti tak redha untuk dibedah. Inilah yang membingungkan doktor tersebut.)

Pesakit: "Demi Allah aku menangis bukan kerana takutkan kematian atau pembedahan ini".

Doktor: "Jadi kenapa kamu menangis?"

Pesakit: "Aku mendapat tahu pembedahan ini mengambil masa lebih dari 4 jam".

Doktor: "Ya boleh jadi pembedahan ni berlangsung dalam 4 - 6 jam".

Pesakit: "Alhamdulillah".

Doktor: "Apakah kamu takut?" 

Pesakit: "Tidak sekali-kali". 

Doktor: "Jadi kenapa kamu menangis?"

Pesakit: "Aku menangis kerana hari ini aku tak dapat membaca wirid harianku, iaitu Al Quran", jawab pesakit tersebut dengan perasaan sebak kerana terpaksa berpisah dengan bacaan Al Quran (dalam masa 4 - 6 jam itu).

Mendengar jawapan pesakitnya itu, tersentuh hati doktor dan tak mampu berkata apa-apa melainkan doktor tu berkata dalam hatinya "(MasyaAllah, berapa banyak agaknya dia membaca Al Quran dalam sehari)".

Tertarik dengan jawapan pesakitnya itu, doktor mula bertanya lebih lanjut, 

Doktor: "Berapa juzuk kamu membaca (Al Quran) sehari?".

Pesakit: "Setiap 3 hari aku akan khatam Al Quran, InsyaAllah.. 10 juzuk dalam sehari. Jadi aku (menangis sebab) takut terlepas peluangku untuk membaca Al Quran (ketika aku dibedah sebentar lagi ini)".

Doktor tu menceritakan (kepada Syeikh Muhammad Hassan) betapa dia merasa malu dan hinanya dia dibandingkan dengan pesakitnya itu, yang sungguh dimuliakan dengan Al Quran. Kata doktor tersebut kepada Sy. Muhammad Hassan, 

"Pesakit yang perlukan pembedahan tu takut kehilangan masa tak dapat membaca Al Quran seperti kebiasaannya. Padahal dia sememangnya sakit. Sedangkan aku yang sihat ni tak membaca pon Al Quran seminggu, 2 minggu, sebulan.. Walaupon sepotong ayat aku tak baca dari Kitab Allah (Al Quran)".

Pesakit: "Wahai anakku, bolehkah aku meminta sesuatu?"

Doktor: "Silakan". 

Pesakit: "Aku hendak solat (sunat) 2 rakaat dahulu, dan bila kamu dah letakkan aku di atas tempat pembedahan nanti, tinggalkanlah aku 1 jam tepat untuk aku dapat mengulangi bacaan Al Quran ku". Pinta si pesakit.

Dizinkan oleh doktor seperti diminta pesakitnya itu. Kemudian setelah masa (solat 2 rakaat) yang diberikan sampai, doktor pon datang untuk mula membiusnya.

Pesakit: "Kamu boleh mulakan pembedahan ke atas ku selepas menunaikan hasrat ku itu dengan TaufiqNya".

Doktor: "Ok kami benarkan kamu berbuat begitu".

Beliau pon berbaring di atas katil bedah dan memulakan bacaan (hafazannya) Al Qurannya. Setelah 1 jam seperti yang dijanjikan, doktor pon datang dan mula memberinya bius. Setelah beberapa ketika pesakitnya itu mula kelihatan tak sedarkan diri. Kemudian doktor bersama kumpulan pembedahan datang untuk memulakan pembedahan ke atas pesakitnya yang sudah tak sedarkan diri itu. Ketika inilah doktor dan kumpulan jururawat pembantu pembedahan itu melihat sesuatu yang luar biasa berlaku ke atas pesakitnya itu.

Doktor: "Demi Allah, wahai Syeikh Muhammad, aku melihat lidahnya tak berhenti dari membaca Al Quran sepanjang tempoh pembedahan, sedangkan dia dalam keadaan koma (dibius)". 

Ssesungguhnya, tidak rugi walaupun sedikit dengan mengamalkan membaca Quran malah ianya memberi syafaat kepada sekalian umat Islam di akhirat sana kelak. Ayuhlah sahabat-sahabatku, dekatilah Al-Quran, basahkanlah lidah dengan bacaan Quran.

Walau tidak mampu setanding pesakit ini, jadikanlah amalan bacaan Quran setiap hari walaupun hanya semuka surat sahaja.Ustazah Norafizah Musa pernah berkongsi, 

"Bacalah walau hanya sepotong ayat Quran sehari"

Semoga amalan kita diterima oleh Allah yang Maha Berkuasa, wallahu'alam. -sensasi.org-

Peristiwa Pelik Al Hafidz Di Bilik Pembedahan Jadi Teladan

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Peristiwa Pelik Al Hafidz Di Bilik Pembedahan Jadi Teladan
Peristiwa Pelik Al Hafidz Di Bilik Pembedahan Jadi Teladan
http://3.bp.blogspot.com/-ubSjAXCoQ9A/VYIyywT92TI/AAAAAAAADgs/vs_zR0Hsg6A/s640/Peristiwa%2BPelik%2BAl%2BHafidz%2BDi%2BBilik%2BPembedahan%2BJadi%2BTeladan.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-ubSjAXCoQ9A/VYIyywT92TI/AAAAAAAADgs/vs_zR0Hsg6A/s72-c/Peristiwa%2BPelik%2BAl%2BHafidz%2BDi%2BBilik%2BPembedahan%2BJadi%2BTeladan.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/peristiwa-pelik-al-hafidz-di-bilik.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/peristiwa-pelik-al-hafidz-di-bilik.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy