Propellerads

Tips Kesihatan Ketika Hamil Dan Berpuasa Di Bulan Ramadhan!

Tibanya bulan Ramadhan ibu hamil tentu sekali tidak boleh makan kerap dan hanya boleh makan ketika sahur dan berbuka puasa. Tahukah and...

Tips Kesihatan Ketika Hamil Dan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tibanya bulan Ramadhan ibu hamil tentu sekali tidak boleh makan kerap dan hanya boleh makan ketika sahur dan berbuka puasa. Tahukah anda hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa ketika hamil. Mungkin artikel ini '5 Makanan Kekalkan Tenaga Di Bulan Puasa' juga tips berguna buat ibu hamil dan mereka yang lain. 

Cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa :-

Ibu hamil boleh mencuba tips yang dikongsikan disini sebagai cara terbaik ketika berbuka puasa. 
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
  • Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
  • Awas! elakkan makanan yang berlemak untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan. 

Tips Kesihatan Ketika Hamil Dan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Elakkan dari minuman kopi atau teh selepas berbuka. Gantikan dengan minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Makanan sahur terbaik jika berpuasa semasa hamil :-

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 
  • Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Tips Kesihatan Ketika Hamil Dan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Ketahui perkara yang perlu dielakkan dalam diet semasa Ramadhan :-

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Semoga kita semua mampu berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dan ketahuilah 'Fadilat Dan Kelebihan Orang Yang Berpuasa' yang cukup besar ganjarannya. -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tips Kesihatan Ketika Hamil Dan Berpuasa Di Bulan Ramadhan!
Tips Kesihatan Ketika Hamil Dan Berpuasa Di Bulan Ramadhan!
http://3.bp.blogspot.com/-nlo1OI5m5oA/VYI3JSQZtBI/AAAAAAAADhA/qQANDYLUK4U/s640/Tips%2BKesihatan%2BKetika%2BHamil%2BDan%2BBerpuasa2.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-nlo1OI5m5oA/VYI3JSQZtBI/AAAAAAAADhA/qQANDYLUK4U/s72-c/Tips%2BKesihatan%2BKetika%2BHamil%2BDan%2BBerpuasa2.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/tips-kesihatan-ketika-hamil-dan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/tips-kesihatan-ketika-hamil-dan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy