Propellerads

Tips penting Yang perlu Dipraktikkan Semasa Berjumpa Bakal Mertua!

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman sudah tentu merasa takut untuk berjumpa bakal mertua. Lebih-lebih lagi pertama kali berjumpa,...

tips ketika berjumpa bakal mertua

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman sudah tentu merasa takut untuk berjumpa bakal mertua. Lebih-lebih lagi pertama kali berjumpa, betul tak? Faktor ini didorong oleh kurangnya keyakinan diri kerana bimbang terhadap pandangan dan penerimaan mereka terhadap diri kita.

Antara tips ketika berjumpa bakal mertua ialah :-

Masa 

Waktu yang paling sesuai unutk pertama kali berjumpa bakal mertua ialah pada hari-hari keraian dan bersempena seperti hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis. Elakkan datang berjumpa bakal mertua secara tiba-tiba tanpa merancang terlebih dahulu pertemuan. Ia bukanlah satu cara yang elok.

Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar yang pelik-pelik kemudian datang pula dengan sekumpulan rakan-rakan "mat motor" anda. Silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula sudah semestinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Elakkan dari memakai pakaian ketat dan menjolok mata. Ini penting kerana bermula dengan cara pemakaianlah yang menggambarkan sikap seseorang individu itu.

Topik Perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua ialah masalah mengenai "topik perbualan". Maklumlah anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Betul tak? Hehehh! :)

Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda, tanya kekasih anda terlebih dahulu. Apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?

Rajin-rajinkan Diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan.

Biarlah Bersederhana

Sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana adalah dituntut oleh syarak. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Untuk perempuan, elakkan memakai mekap yang tebal-tebal.

Akhir kata, saya doakan semoga saat pertemuan anda dengan bakal mertua anda berjalan dengan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda! -sensasi.org-

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tips penting Yang perlu Dipraktikkan Semasa Berjumpa Bakal Mertua!
Tips penting Yang perlu Dipraktikkan Semasa Berjumpa Bakal Mertua!
http://2.bp.blogspot.com/-0mo2vplBtHg/VYJPctYk5TI/AAAAAAAADkM/iK_UQ67_RrI/s640/2.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-0mo2vplBtHg/VYJPctYk5TI/AAAAAAAADkM/iK_UQ67_RrI/s72-c/2.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/tips-penting-yang-perlu-dipraktikkan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/tips-penting-yang-perlu-dipraktikkan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy