Propellerads

Tuduhan Cerai Cukup Memberi Kesan Pada Keluarga - Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Tuduhan kononnya sudah bercerai sedikitpun tidak memberi tekanan kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebaliknya ia mendatangk...

PETALING JAYA: Tuduhan kononnya sudah bercerai sedikitpun tidak memberi tekanan kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebaliknya ia mendatangkan kesan kepada keluarganya dan juga suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti, 36, berkata, kesan itu timbul apabila ahli keluarga mereka terpaksa menjawab banyak soalan daripada saudara-mara dan kenalan masing-masing yang mahukan kepastian mengenai fitnah itu apabila ia mula tersebar di Internet.

Dato' Siti Nurhliza
"Ikhlas dan jujurnya saya tidak rasa terganggu sehingga sekarang. Selepas fitnah itu tersebar, takdelah saya tidak boleh tidur sebab geram dan sebagainya.

“Kehidupan saya berjalan seperti biasa cuma saya kesian dekat ahli keluarga yang perlu menjawab fitnah tersebut kerana sering ditanya saudara dan rakan,” katanya.

Siti ditemui pada sidang media SimplySiti Di Hati (SSDH) 2015 di Connexion @Nexus di sini pada Rabu.

Tambah Siti, dia mengharapkan penulis blog tersebut berubah serta bertaubat supaya tidak lagi mengamalkan perbuatan seperti itu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

“Pesanan saya tolong kembalilah ke jalan yang benar. Jika dia orang Islam, bertaubatlah kerana fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

“Kalau kita agama Islam, kita perlu tahu batas-batas agama dan jangan menggunakan kemudahan Internet atau laman blog yang dibuat untuk mencari rezeki dengan cara begitu,” katanya.

Selain itu, Siti memaklumkan gambar yang digunakan penulis blog tersebut merupakan gambarnya sewaktu menziarahi jenazah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini tahun lepas.

Dalam kejadian minggu lalu tersebar cerita kononnya Siti dan suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K telah bercerai selepas sebuah blog memuatkan gambar Siti dengan tajuk berkaitan cerai.

Namun selepas dibaca, berita yang ditulis itu sebenarnya adalah kisah lama mengenai kakak kepada Siti iaitu Siti Norsaida.

Sementara itu, bagi program SSDH 2015, ia merupakan program kali ke-4 yang dijalankan oleh SimplySiti Sdn. Bhd. bersama IJN Foundation dan Watsons.

SSDH merupakan satu program untuk membantu pembelanjaan kos rawatan kanak-kanak yang terpilih bagi menjalankan pembedahan.

Pada tahun ini, tiga orang kanak-kanak yang terpilih ialah Siti Nur Ain Mohd Sukri, Tan Kai En dan Somroot Ijom.

Bagi membantu menjayakan program ini, setiap pembelian produk SimplySiti bernilai RM100 di Watsons, sebanyak 5% akan disumbangkan buat kanak-kanak tersebut.

Dalam perkembangan lain, Siti juga akan turut menjelajah ke tujuh lokasi Watsons terpilih sepanjang program ini berlangsung bermula 15 Jun hingga 15 Julai ini depan.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tuduhan Cerai Cukup Memberi Kesan Pada Keluarga - Siti Nurhaliza
Tuduhan Cerai Cukup Memberi Kesan Pada Keluarga - Siti Nurhaliza
http://1.bp.blogspot.com/-WratDauQk1k/VXBDygQoSRI/AAAAAAAAB1M/EK6Z9Xq7bDU/s1600/ctdk.png
http://1.bp.blogspot.com/-WratDauQk1k/VXBDygQoSRI/AAAAAAAAB1M/EK6Z9Xq7bDU/s72-c/ctdk.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/tuduhan-cerai-cukup-memberi-kesan-pada.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/tuduhan-cerai-cukup-memberi-kesan-pada.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy