Propellerads

Tun Mahathir Kemungkinan Besar Hadir Dialog Terbuka Bersama Najib

PETALING JAYA: Kemungkinan besar Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri sesi dialog terbuka 'Nothing2Hide' dengan Datuk Seri Najib ...

PETALING JAYA: Kemungkinan besar Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri sesi dialog terbuka 'Nothing2Hide' dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

"Terdapat kebarangkalian yang tinggi beliau akan berada di sana," kata seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu ketika dihubungi The Star Online, Khamis.

Walau bagaimanapun dia tidak mengesahkan mengenai kehadiran Dr Mahathir dan berkata; "Anda perlu tunggu dan tengok kepada majlis itu sendiri".

Tun M
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dilaporkan berkata Dr Mahathir dijemput secara peribadi untuk dialog itu, yang dijadualkan berlangsung pada dari pukul 9 pagi hingga tengahari Jumaat di di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra .

Menarik : Penyusunan Semula 1MDB Tak Jawab Persoalan Wang Hilang - Tun M

Khairul berkata beliau tidak mempunyai masalah jika Dr Mahathir menghadiri forum itu kerana ia terbuka kepada semua.

"Agensi agensi media cetak, dalam talian dan juga blogger dijemput memandangkan kita semua berkongsi misi yang sama untuk membawa kebenaran kepada rakyat," katanya.

Sesi dialog ini dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan badan bukan kerajaan (NGO), penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga akan menjawab persoalan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Sesi dialog 'town hall' belum pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini.

"Anda akan mendengar perdana menteri memberi penjelasannya sendiri berhubung isu semasa dan penyertaan terbuka untuk bertanya apa sahaja soalan kepada beliau yang berkaitan perkara yang sedang berlaku ketika ini," kata Khairul.

Sumber Mstar

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tun Mahathir Kemungkinan Besar Hadir Dialog Terbuka Bersama Najib
Tun Mahathir Kemungkinan Besar Hadir Dialog Terbuka Bersama Najib
http://1.bp.blogspot.com/-cik4DwNkDqw/VXBFpZ_pnaI/AAAAAAAAB1k/2bHKlmBs-hw/s1600/tun%2Bm.png
http://1.bp.blogspot.com/-cik4DwNkDqw/VXBFpZ_pnaI/AAAAAAAAB1k/2bHKlmBs-hw/s72-c/tun%2Bm.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/06/tun-mahathir-kemungkinan-besar-hadir.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/06/tun-mahathir-kemungkinan-besar-hadir.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy