Propellerads

"Duit Takda, Ada Hati Nak Demand". Wanita Sekolahkan Pasangan Berangan Nak Wedding Meletup!

Memang tak dapat dinafikan zaman sekarang ni pengantin sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat kepuasan hati bagi sesuatu majlis perk...

"Duit Takda, Ada Hati Nak Demand". Wanita Sekolahkan Pasangan Berangan Nak Wedding Meletup!

Memang tak dapat dinafikan zaman sekarang ni pengantin sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat kepuasan hati bagi sesuatu majlis perkahwinan yang diadakan. Yelah kahwin ni sekali seumur hidup katakan? Ada juga yang sampai sanggup terjun dalam swimming pool ketika sedang bergambar dan melakukan pembikinan video semata-mata untuk ‘menaikkan’ detik romantis pada hari bermakna mereka.

Namun untuk mendapatkan hasil yang meletup perlulah memakan belanja kos yang banyak! Kalau tak ada budget tak perlu lah nak berangan buat semua tu, ini tidak. Kan dah dapat setepek daripada Nurbaiti Nadhirah Azahari ini. Huhhh! bikin sentap penjelasan panjang lebar beliau ni. Yang terasa tu ambikla sikit sorang yer? Hikss! 

Ni nak cakap sikit ni. Kepada sesiapa yang berbisnes, tak kira lah bisnes make up artist ke photographer ke catering ke buat pelamin ke buat kek ke buat bantal ke jahit baju ke even kerja cabut uban kepala sekalipun, kalau anda berhadapan dengan customer yang asyik mintak kurang dengan harga yang obviously dah rendah, be ready untuk hadap attitude mereka. Orang macam ni ada sejenis attitude yang nak servis gempak tapi nak bayar murah. Dengan kata lain, duit takda tapi ada hati nak demand.

Aku rasa mereka yang bekerja sebagai photographer banyak kali hadapi orang macam ni. Nak gambar gempak, custom album bagai siap nak video macam CST Production tapi bila tanya budget berapa, errr 300 boleh? Customer macam ni kita kena educate bagi diorang faham yang banyak aspect kena consider dalam penentuan harga. Nak package budget then terima jelah apa yang anda dapat dengan bayaran murah tu. Mintak pelamin nikah harga rm250 then terima jelah stage beralas karpet bulu dihias dengan tirai belakang dan sesikit bunga2 kiri kanan. What do you expect? 250 kot. Jangan la cakap dalam kepala kau nampak ada panel bunga kiri kanan atas bawah siap lampu liplap macam pelamin anak najib kot aku terajang kau satgi. No money no talk lahhh. Boleh tak bila dah bayar murah tu, cuba rendahkan sikit expectation tu bagi kadorrr ke diri sikit?

Customer jenis ni dia ingat harga tu untuk servis tu je. Eh kau bayar pelamin harga rm250 kau tak pikir minyak kereta orang tu. Kos angkat angkut menda alah hiasan tu semua. Kos dia bayar upah baby sitter untuk jaga anak masa dia setup pelamin kat rumah kau. Kos dia upah budak angkat stage kayu berat tu. And you still complaint. Boleh lagi cakap "eh kalau 250 dapat simple macam ni baik buat sendiri" ehhhh lahabauuuu buat la wehhh asal kau tak buat sendiri je asal kau mintak orang buatkan pastu mintak murah pulak tu.

Bising harga photographer mahal sampai 2k padahal snap event 3 jam je. Habis kau ingat dia beli gear tu semua pakai bulu kaki? Kos maintenance camera. Kos masa dia. Kos penat lelah angkut camera. Kos dia belajar photography dari dulu sampai dia jadi gempak sekarang. Itu yang kau perlu consider bila letak harga.

Aku mengaku dulu masa nak kawin memang aku low budget. Tapi aku sedar diri lah kan. Demand pelamin ala gazebo bali bagai. Tapi sebab low budget, I worked my ass off untuk buat sendiri apa yang aku angankan. Kutip kayu sendiri cari tukang sendiri kutip batu sungai jauh2 untuk hiasan kutip tin kosong nak letak lilin ahhh macam2 ahh. The thing is IF YOU CANT PAY, DO IT YOURSELF. Fine aku memang mintak harga budget dari videographer aku but I said I only got 1k, do you willing to work within this budget? They they said yes. Dan bila orang tu dah setuju dengan harga murah, JANGAN DEMAND! Terima saja apa yang kau dapat dengan harga semurah tu. Kau hire photog dengan bayaran 300. Bila dapat gambar over saturated sampai muka kau jadi hijau, tak payah bising. Kau kedekut nak hire orang yang lebih berpengalaman, so deal lah dengan apa yang kau dapat dengan amatur. Geddit?

Sama jugak kes member berniaga tapi kau mintak murah. Tau lerr member tapi boleh tak kasi respect sikit orang yang meniaga ni. Dia keluarkan modal guna saving. Penat lelah pergi amek stock tak tidur malam siapkan tempahan. Cuba pikir sikit. Kalau kau betul member, kau support bila member nak berniaga. Bukan asyik2 mintak kurang je. Sekali dua boleh la kasi diskaun eh tapi tiap kali jual murah je dengan kau ni baik tak payah ada member macam kau. Banyak rugi dari untung.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: "Duit Takda, Ada Hati Nak Demand". Wanita Sekolahkan Pasangan Berangan Nak Wedding Meletup!
"Duit Takda, Ada Hati Nak Demand". Wanita Sekolahkan Pasangan Berangan Nak Wedding Meletup!
http://3.bp.blogspot.com/-OnEn-9VQtZc/VmUC5PGpJrI/AAAAAAAAJV8/elz8Qti8eog/s1600/Wanita%2BSekolahkan%2BPasangan%2BPengantin%2BBuat%2BMajlis%2BMeletup.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-OnEn-9VQtZc/VmUC5PGpJrI/AAAAAAAAJV8/elz8Qti8eog/s72-c/Wanita%2BSekolahkan%2BPasangan%2BPengantin%2BBuat%2BMajlis%2BMeletup.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/12/duit-takda-ada-hati-nak-demand-wanita.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/12/duit-takda-ada-hati-nak-demand-wanita.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy