Propellerads

Komen Mengejutkan Ahmad Zahid Hamidi Mengenai Perayaan Krismas!

Melaka: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2015 di Da...



Melaka: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2015 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir semalam. Dalam ucapannya, beliau mengatakan yang seluruh rakyat Malaysia sepatutnya menghormati agama lain untuk agama lain menghormati mereka.

Beliau juga menegaskan setiap perayaan yang disambut bersama dianggap sebagai satu manifestasi bahawa rakyat Malaysia mampu menghormati agama lain dan hidup bersama walaupun berbeza pegangan agama. 
Perbezaan pegangan agama kepada kita ia adalah merupakan suatu keistimewaan untuk penganut-penganut semua agama, dalam al-Quran menyebutkan 'you are with your religion i'm with my religion' (untukmu agamamu, dan untukku agamaku).
Keharmonian kita kekalkan biarpun kita berbeza agama, berbeza keturunan, kebudayaan, bahasa dan latar belakang namun sebagai rakyat Malaysia kita kekal dan kukuhkan keharmonian dan perpaduan ini sampai bila-bila.
Pada majlis tersebut turut dihadiri oleh Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Tambahnya lagi, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya bersatu padu dan hidup dalam aman dan harmoni walaupun berbeza agama. Elakkan berlaku permasalahan kecil atau berbeza kefahaman sehingga mencetuskan masalah perkauman. 
Perbezaan kefahaman itu adalah soal kecil yang harus diselesaikan dengan kaedah yang baik, permasalahan jenayah dikaitkan dengan jenayah akan diselesaikan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia).
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sentiasa komited untuk melihat bahawa negara kita aman lagi sejahtera dan harmoni sepanjang masa, asas-asas ini tentunya diwujudkan kepimpinan negara sebelum atau selepas merdeka.
Justeru katanya, menjadi tanggungjawab semua pemimpin sama ada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan serta masyarakat untuk menterjemahkan kebersamaan itu untuk diikuti semua rakyat Malaysia.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Komen Mengejutkan Ahmad Zahid Hamidi Mengenai Perayaan Krismas!
Komen Mengejutkan Ahmad Zahid Hamidi Mengenai Perayaan Krismas!
http://1.bp.blogspot.com/-8sxaQUiM80A/VoCo-vrgpnI/AAAAAAAAJlY/VhdYSPHQdO8/s1600/Ahmad%2BZahid.png
http://1.bp.blogspot.com/-8sxaQUiM80A/VoCo-vrgpnI/AAAAAAAAJlY/VhdYSPHQdO8/s72-c/Ahmad%2BZahid.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/12/komen-mengejutkan-ahmad-zahid-hamidi.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/12/komen-mengejutkan-ahmad-zahid-hamidi.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy