Propellerads

Panas! Tindakan Berani KJ Beri Amaran Keras Isu Kadar Tol Naik

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberi kata dua kepada kerajaan supaya menghentikan sebarang keputusan yang membebankan ekonomi r...

Panas! Tindakan Berani KJ Beri Amaran Keras Isu Kadar Tol Naik

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberi kata dua kepada kerajaan supaya menghentikan sebarang keputusan yang membebankan ekonomi rakyat.

Amaran keras itu dinyatakan Khairy ketika rakyat terus dihimpit tekanan ekonomi termasuk yang terbaharu membabitkan kenaikan tambang ERL, LRT, Komuter dan Monorel.
"Umum tahu 2015 merupakan tahun yang mengejutkan rakyat dengan pelbagai kenaikan. Satu demi satu harga dan tambang meningkat. Beban tanggungan rakyat turut meningkat.
"Walaupun kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya, rakyat sudah tidak boleh terima lagi dan sudah sampai ke breaking point. Jadi cukup-cukuplah.
"Jangan ditambah lagi bebanan rakyat. Jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marak membara.  Pemuda mahu Kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Enough is enough," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2015 di sini, Rabu.

Panas! Tindakan Berani KJ Beri Amaran Keras Isu Kadar Tol Naik

Selain itu menurut Khairy, beliau memberi tempoh selama dua tahun kepada kerajaan untuk membuktikan manfaat daripada tindakan yang diambil membabitkan beberapa kenaikan.
"Dua tahun akan datang ini, oleh kerana kita sudah membuat segala penjimatan melalui GST, pemotongan subsidi, kenaikan tarif, tambang, tol dan sebagainya, Pemuda hanya mahu mendengar berita yang baik-baik dan menyenangkan rakyat sahaja.
"Inilah masanya kita gunakan segala penjimatan yang dikatakan kita perolehi daripada segala langkah pedih ini, untuk menggembirakan rakyat. Tunjukkan bahawa langkah penjimatan selama ini boleh membawa kebaikan pada mereka," katanya.

Tambah Khairy lagi, Pemuda Umno berharap kerajaan dapat menyediakan diskaun khusus untuk golongan muda yang menggunakan pengangkutan awam.

Katanya, kerajaan boleh mengambil contoh pendekatan yang digunakan di negara luar dengan memberikan diskaun pengangkutan awam kepada orang muda sama seperti yang dinikmati warga emas.
"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga. Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?
"Saya tengok kesan kenaikan tambang Komuter contohnya, begitu membebankan.  Buatlah diskaun untuk belia bagi pengangkutan awam. Jangan harga dinaikkan semata-mata, tanpa langsung memikirkan langkah-langkah yang boleh meringankan beban tambahan ini," katanya.
Sumber Mstar Online  

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Panas! Tindakan Berani KJ Beri Amaran Keras Isu Kadar Tol Naik
Panas! Tindakan Berani KJ Beri Amaran Keras Isu Kadar Tol Naik
http://1.bp.blogspot.com/-eZ53RI9ZoKw/VmfYyxbuFDI/AAAAAAAAJYg/2qPNlb7swTg/s1600/Khairy%2BJamaluddin.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-eZ53RI9ZoKw/VmfYyxbuFDI/AAAAAAAAJYg/2qPNlb7swTg/s72-c/Khairy%2BJamaluddin.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/12/panas-tindakan-berani-kj-beri-amaran.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/12/panas-tindakan-berani-kj-beri-amaran.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy