Propellerads

SAYU! Chef Wan Bongkar Sifat Peribadi Mulia Almarhum Tunku Jalil

Berita kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil bukan sahaja dirasai buat rakyat jelata Johor namun turut dirasai buat seluruh rakyat Mal...

SAYU! Chef Wan Bongkar Sifat Peribadi Mulia Almarhum Tunku Jalil

Berita kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil bukan sahaja dirasai buat rakyat jelata Johor namun turut dirasai buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum. 

Sifat peribadi mulia yang dimiliki almarhum nyata disenangi ramai masyarakat. Terkini Selebriti terkenal tanah air iaitu Che Wan turut mendedahkan sifat peribadi mulia yang dimiliki beliau.

Pertemuan singkat antara Che Wan dan Almarhum Tunku Abdul Jalil yang pada ketika itu dalam penerbangan dari Johor ke Kuala Lumpur menyingkap peribadi mulia yang dimiliki Almarhum. SEBAK! 

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, Tunku Abdul Jalil menyapa Chef Wan dan meminta kebenaran untuk bersalaman dan mengaku sebagai peminat tanpa diketahui identiti putera keempat Sultan Johor itu.
“Al-Fatihah kepada insan teristimewa yang saya kenali ketika duduk di hadapan saya dalam penerbangan dan menyapa saya untuk pertama kali serta bersalaman dengan saya.
“Almarhum kata, ‘hai boleh saya salam? Saya peminat setia. Saya dan akak saya, selalu main masak-masak depan TV ketika Chef Wan bercakap. Chef Wan selalu buat saya ketawa’.
SAYU! Chef Wan Bongkar Sifat Peribadi Mulia Almarhum Tunku Jalil

Selain itu, Almarhum juga meminta Chef Wan agar berpindah tempat duduk depan di sebelahnya supaya mereka boleh berbual dengan selesa sepanjang perjalanan dari JB ke KL. 
“Almarhum juga minta untuk saya pindah ke tempat duduk depan di sebelahnya supaya kami boleh berbual dengan selesa sepanjang perjalanan dari JB-KL,” ceritanya melalui kemas kini di laman sosial Instagram.
Malah, pada awalnya, Almarhum hanya memberitahu sedang menjalani latihan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika Chef Wan bertanya tentang pekerjaannya.
“Saya tanya, ‘you’ kerja di mana? (Tunku Jalil jawab) Oh saya tengah ‘training’ dengan PDRM.
“Saya kata oh macam ini kena lah makan lebih lagi. Saya tak tahu langsung bahawa Almarhum memang tidak sihat,” katanya.
Namun Tunku Abdul Jalil hanya tertawa dan berkata bahawa ingin merasa masakan Chef Wan.
“Saya kata, Insya-ALLAH jika saya ada restoran atau buat demonstrasi masakan, bolehlah datang rasa," katanya.
Kemudian Tunku Abdul Jalil ada menawarkan hadiah untuk Chef Wan tentang sejarah Kesultanan Johor.
“Sudi ke Chef Wan terima hadiah dari saya? Almarhum keluarkan buku dari begnya. Saya kata kepadanya, ‘oh kamu penulis juga?
“Beliau jawab, ‘no...but this book was commissioned by my dad’. Beliau tandatangan buku itu dan ketika itulah baru saya tahu beliau adalah Tunku Jalil, anakanda kepada Sultan Johor,” kata Chef Wan lagi.
Menurut Chef Wan, mereka terus berborak dan Tunku Abdul Jalil sangat sopan dan sangat terhormat.
“Almarhum ada banyak minat mendalam dan sayangkan haiwan juga. Baru sebentar mendengar berita pemergiannya sudah tentu saat menyedihkan buat negara. Dia memang seorang yang sangat berani.
Che Wan dalam pada itu meluahkan rasa sayu tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan yang dijalani ahli keluarganya setelah kehilangan insan tersayang.
“Saya tak dapat bayangkan keperitan yang dilalui keluarga diraja Johor yang kehilangan ahli teristimewa mereka dan sedihnya teramat sangat.
“Saya sendiri yg mengenali beliau buat seketika itu pun terasa bagaimana merendah dirinya dan baiknya Tunku Jalil. Semoga ALLAH merahmati rohnya dan tempatkannya di Jannah. Al-Fatihah,” tulisnya.
Almarhum disahkan mangkat kira-kira jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada Sabtu akibat kanser hati tahap 4. Al- Fatihah! 

SAYU! Chef Wan Bongkar Sifat Peribadi Mulia Almarhum Tunku Jalil
Tunku Jalil Kini Dalam Ingatan...

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: SAYU! Chef Wan Bongkar Sifat Peribadi Mulia Almarhum Tunku Jalil
SAYU! Chef Wan Bongkar Sifat Peribadi Mulia Almarhum Tunku Jalil
http://3.bp.blogspot.com/-VfRlODIxdcc/VmTu31DwnTI/AAAAAAAAJVc/NfcitVIiJuA/s1600/Che%2BWan%2BDedah%2BSifat%2BPeribadi%2BMulia%2BTJ.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-VfRlODIxdcc/VmTu31DwnTI/AAAAAAAAJVc/NfcitVIiJuA/s72-c/Che%2BWan%2BDedah%2BSifat%2BPeribadi%2BMulia%2BTJ.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/12/sayu-chef-wan-bongkar-sifat-peribadi.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/12/sayu-chef-wan-bongkar-sifat-peribadi.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy