Propellerads

Tahanan Lolos: Mohammed Firzal Berjaya Ditangkap Semula

KUALA LUMPUR: Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 D...

Tahanan Lolos: Mohammed Firzal Berjaya Ditangkap Semula

KUALA LUMPUR: Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 Disember lalu ketika dibawa ke Paya Jaras, Sungai Buloh dalam usaha untuk mengesan seorang rakannya (penjenayah).

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata OKT berkenaan ditahan pada jam kira-kira pukul 1 pagi tadi, ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Seri Gombak Indah Batu Caves, Selangor.
“Dua individu yang membantu OKT melarikan diri turut ditahan dalam operasi semalam yang bermula 10 malam dan berakhir pada 5.30 pagi tadi di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau berkata polis turut merampas beberapa kelengkapan yang digunakan OKT ketika melarikan diri termasuk dua motosikal, lima telefon bimbit dan pakaian.

Pada 7 Disember, seorang OKT yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap berwarna jingga melarikan diri ketika berada di bawah tahanan polis daerah Klang Utara dalam satu rancangan serbuan di Paya Jaras.


Kejadian pada jam kira-kira 8 malam itu berlaku apabila tahanan bersama empat anggota dan seorang pegawai polis dari Balai Polis Klang Utara dibawa ke Paya Jaras untuk mengesan rakannya.
Tahanan itu dipercayai terlibat dengan lebih 20 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara.

Sumber Astro Awani 

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tahanan Lolos: Mohammed Firzal Berjaya Ditangkap Semula
Tahanan Lolos: Mohammed Firzal Berjaya Ditangkap Semula
http://4.bp.blogspot.com/-liWD43mzvoU/VmzyaZ3fG1I/AAAAAAAAJag/X_ldxHzRC9w/s1600/Mohammed%2BFirzal%2BBerjaya%2BDitangkap%2BPolis.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-liWD43mzvoU/VmzyaZ3fG1I/AAAAAAAAJag/X_ldxHzRC9w/s72-c/Mohammed%2BFirzal%2BBerjaya%2BDitangkap%2BPolis.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2015/12/tahanan-lolos-mohammed-firzal-berjaya.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2015/12/tahanan-lolos-mohammed-firzal-berjaya.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy