Propellerads

MashaAllah!! Punca Sebenar Kahwin Muda Menyumbang Risiko Penceraian... TERBONGKAR!

Beberapa hari yang lalu, kita telah dikejutkan dengan berita tentang statistik penceraian di negara kita. Statistik ini telah dikeluarkan o...

Beberapa hari yang lalu, kita telah dikejutkan dengan berita tentang statistik penceraian di negara kita. Statistik ini telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan ia banyak melibatkan oleh pasangan muda di negeri Selangor. Amat mengejutkan kerana statistik yang dikeluarkan adalah sangat kritikal.


Malah, apbila ditanyakan oleh pegawai agama, beliau mengatakan yang paling ramai yang terlibat dalam kes penceraian ini adalah dari pasangan yang kahwin muda. Ini adalah realiti sebenar yang berlaku di negara kita.

Dipetik dari facebook Shukery Azizan, beliau telah mengulas tentang punca sebenar kenapa pasangan yang kahwin muda ini merupakan penyumbang utama kepada statistik kes penceraian di negara kita.

1. Antaranya adalah ramai anak-anak muda ingat perkahwinan ni adalah  MAGIK. Contohnya ramai   yang bersemangat dan berkobar-kobar nak kawin muda atas alasan NAK ELAK MAKSIAT, nak tunduk pandangan, dan sebagainya.

Padahal ramai je orang lepas kawin masih buat maksiat, masih tak tunduk pandangan, masih kacau perempuan lain, masih kacau suami orang lain, dan sebagainya. Sebab apa?

Sebab kahwin BUKAN MAGIK. Kahwin takkan ubah kau punya masalah peribadi dan iman. Yang ubah masalah peribadi dan iman kau adalah TAQWA !! Taqwa ini maksudnya kau taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah SUNGGUH-SUNGGUH serta ikut sunnah Rasulullah semampu yang boleh.

Ya, Taqwa yang akan ubah peribadi kita. Kahwin tu hanya MEMBANTU saja, tapi bukan MENGUBAH. Dan TAQWA ni BUKAN dapat selepas kahwin. Taqwa ni kena usaha sejak SEBELUM KAHWIN lagi.

Kalau sebelum kahwin kau tak tunduk pandangan, selalu tengok video lucah, kacau perempuan, jadi pisau cukur, suka usha lelaki dan sebagainya, selepas kahwin ingat semua ini akan hilang macam tu je?

TIDAK !!

Kalau nak usaha hilangkan, mesti usaha sejak SEBELUM KAHWIN lagi. Dah lepas kahwin tu, pasangan kau hanya boleh tolong sikit-sikit je, selebihnya adalha pada DIRI KAU SENDIRI. Kau yang kena usaha ubah masalah dan dosa peribadi kau.

Dulu pernah sekali masa zaman saya belajar, ada 2 orang pelajar ni berkahwin semasa belajar di sebuah IPT di Malaysia (tak yah tahu IPT mana). Kalau tak silap, masa tu mereka tahun 2.

Kemudian, lepas nak setahun kahwin, akhirnya MEREKA BERCERAI dalam keadaan perempuan tu nak final exam pada tahun 3. Alasan bercerai, sebab bekas suami dia main kayu 3, dan juga bekas suami dia kata,

"tak puas hidup bujang".

Padahal sebelum kahwin punya beriya-iya kononnya kahwin sebab nak tunduk pandangan, nak elak maksiat, etc. Ini kes real.

Sebab tu, sebelum kahwin, perbaiki ketaqwaan kita hari-hari. Setiap kali kutbah Jumaat selalu sebut pasal "PERBAIKI DAN TINGKATKAN TAQWA".

2. Ramai juga bagi alasan nak kahwin muda sebab nanti lepas kahwin rezeki murah. So sebelum kahwin tak payah fikir pasal kewangan, sebab kononnya kewangan ni "dunia" je.

Lalu, menyangka lepas kahwin duit akan turun mencurah-curah macam hujan.

KURANG TEPAT. Islam ni BUKAN agama magik. Memang betul perkahwinan akan bagi rezeki berkat, permudahkan rezeki. TETAPI KALAU TAKDE USAHA & IKHTIAR, MEMANG TAK KEMANA.

Sebelum kahwin tahunya tidur lepas subuh, bangun dah tengah hari. Kemudian buat kerja atau cari kerja malas. Sebelum kahwin selalu mengharapkan duit mak ayah kat kampung sebab malas nak berdikari cari sendiri.

So lepas kahwin pun tak nak berubah, atas alasan "nanti murah rezeki". Tapi solat pun tak jaga, amal entah ke mana, tidur sampai ke laut, dah kahwin pun selalu main game sampai abaikan tanggungjawab, dan sebagainya.

Macam mana rezeki nak datang melimpah ruah dan berkat?

3. Lepas tu bila dah bercerai, salahkan pula TAKDIR.

"Ini semua takdir, nak buat macam mana.."

Urgh ! Dalam buku "Aku Bukan Malaikat" pun saya ada ulas secara detail tentang "Apa Itu Takdir?". Baca kat sana. Tapi nak kata, bercerai ni bukan semata-mata takdir, ia juga adalah pilihan. Sebab tu cerai ni adalah perkara halal yang Allah benci. Allah bagi pilihan pada kita, sama ada nak buat, atau tak nak buat.

4.. Dalam rumahtangga sebahagiannya LANGSUNG tak HIDUP AMAL FARDI seperti solat berjemaah, baca Quran, baca hadis, budaya BERBINCANG SUAMI ISTERI, bangun tahajjud, dan sebagainya.

Budaya ni maybe berlaku pada awal perkahwinan, ya la sebab masih "manis" lagi. Lepas dah pertengahan, terus "kering". Lalu hilanglah sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.
Nauduzubillahiminzalik. Dan banyak lagi faktor bercerai muda ni selain dari tak matang, dan sebagainya. So apa solusinya?

Adakah solusinya JANGAN kahwin muda?

SALAH !! Kalau nak kahwin muda, KAHWINLAH MUDA. Sebab perkahwinan itu antara solusi terbaik.

TETAPI, buat PERSEDIAAN betul-betul. Sebab kahwin ni BUKAN PERKARA main-main. Ia melibatkan maruah, kehormatan, aib, tanggungjawab, hubungan antara keluarga dan melibatkan perjalanan akhirat kita, sama ada ke Syurga, atau Neraka.

Cuma ingat,

Nak bernikah JANGAN MENUNDA-NUNDA, dan JANGAN TERGESA-GESA. Buat persediaan betul-betul, bukannya main redah gitu saja.

LAGI ARTIKEL MENARIK:
  1. AWAS!! Jangan Ambil Ringan..Inilah Kesilapan Yang Dilakukan Ketika Majlis Perkahwinan!
  2. Antara Sambung Belajar Dan Bekerja..Wanita Ini Punyai Jawapan Yang Mengejutkan!
  3. Isu Breastfeeding, Komen 'Panas' Dari PU Rahmat Membuatkan Netizen Tercegang!







SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: MashaAllah!! Punca Sebenar Kahwin Muda Menyumbang Risiko Penceraian... TERBONGKAR!
MashaAllah!! Punca Sebenar Kahwin Muda Menyumbang Risiko Penceraian... TERBONGKAR!
http://1.bp.blogspot.com/-_wcHplmobm4/VpcaUaheGHI/AAAAAAAAKV4/gsMmuWYQUes/s1600/Pasangan%2BBercerai.png
http://1.bp.blogspot.com/-_wcHplmobm4/VpcaUaheGHI/AAAAAAAAKV4/gsMmuWYQUes/s72-c/Pasangan%2BBercerai.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/01/mashaallah-punca-sebenar-kahwin-muda.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/01/mashaallah-punca-sebenar-kahwin-muda.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy