Propellerads

MENARIK! Tips Bercinta Jarak Jauh...No1 Harus Dititikberatkan!

Pasti ada pasangan yang bercinta jarak jauh kerana kekangan kerja atau ada yang masih sambung belajar di luar negara. Tetapi dugaan lebih be...

Pasti ada pasangan yang bercinta jarak jauh kerana kekangan kerja atau ada yang masih sambung belajar di luar negara. Tetapi dugaan lebih besar apabila berjauahan kerana kita tidak tahu apa yang pasangan kita lakukan di sana.

ARTIKEL SEBELUM: AWAS!! Hilang Keberkatan Dalam Keluarga Jika Anda Lakukan Perkara Ini...No.3 Ramai Yang Biasa Lakukan

Di sini ada beberapa tips yang kami ingin kongsikan kepada pasangan yang bercinta jarak jauh.

1) Sentiasa Update Perkembangan Kepada Pasangan

Biarpun perkara ini nampak agak merimaskan namun anda perlu sentiasa ‘update’ tentang perkembangan diri. Cara sebegini sebenarnya dapat menyelamatkan hubungan anda dan si dia. Setidak-tidaknya anda tahu perkembangan dirinya dan dia juga tahu tentang anda. Perkara sebegini tidak boleh diambil mudah atau dipandang remeh.

2) Jangan Lupa Mengingati Tarikh Yang Penting

Untuk elakkan si dia lupa tentang perasaan cintanya terhadap anda, anda perlu sentiasa mengingatkan dia tentang perasaannya terhadap anda. Contoh seperti kerap mengingatkan dia tentang pertama kali anda meluahkan rasa cinta atau bagaimana si dia boleh jatuh cinta dengan anda dan sebagainya. Lebih kerap kamu mengingatkan si dia lebih kuatlah ingatan si dia tentang anda. Malah cara ini juga akan menyedarkan dia yang cinta hatinya hanya untuk anda

3) Saling Mempercayai

Dalam setiap perhubungan, rasa kepercayaan adalah kunci kebahagiaan. Untuk perhubungan jarak jauh perlu ada dua kali ganda rasa cinta. Oleh itu anda dan pasangan harus saling mempercayai antara satu sama lain dan jangan sesekali biarkan perasaan pra-sangka mula menguasai diri. Tetapi kepercayaan itu haruslah diselarikan dengan tindakan dan perbuatan. Jangan percaya hanya di mulut sahaja tetapi asyik makan hati pula.

4) Selalu Berkomunikasi

Salah faham dan kurang berkomunikasi boleh merosakkan hubungan diantara anda dan pasangan. Sungguhpun anda dan si dia berjauhan jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berhenti berkomunikasi. Di zaman sekarang pelbagai kemudahan yang ada contoh seperti Whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call dan macam-macam lagi. Jadi, janganlah sia-siakan kemudahan yang ada seperti ini. Gunakan ia sebaik mungkin.

5) Sesekali Buat Kejutan 

Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda dan dia. Jangan biarkan ia ‘mendatar’ begitu sahaja. Ini kerana, apabila tiada unsur kejutan dan keterujaan si dia akan mula rasa bosan dan akhirnya menduakan cinta kamu.

Apa yang paling penting adalah sikap percaya mempercayai satu sama lain. Tapi kita mesti ingat jodoh di tangan Tuhan, kita mampu merancang tapi Dia yang menentukan segalanya.

LAGI ARTIKEL SEBELUM:

  1. Isu Breastfeeding, Komen 'Panas' Dari PU Rahmat Membuatkan Netizen Tercegang!
  2. Antara Sambung Belajar Dan Bekerja..Wanita Ini Punyai Jawapan Yang Mengejutkan!
  3. Nama Anak Yang Pelik, Linda Hashim Bagi Penjelasan




SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: MENARIK! Tips Bercinta Jarak Jauh...No1 Harus Dititikberatkan!
MENARIK! Tips Bercinta Jarak Jauh...No1 Harus Dititikberatkan!
http://2.bp.blogspot.com/-c3SGLtP-lCM/VpSxb3i_v7I/AAAAAAAAKSA/7UU4iCHxytI/s1600/Cinta%2BJarak%2BJauh.png
http://2.bp.blogspot.com/-c3SGLtP-lCM/VpSxb3i_v7I/AAAAAAAAKSA/7UU4iCHxytI/s72-c/Cinta%2BJarak%2BJauh.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/01/menarik-tips-bercinta-jarak-jauhno1.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/01/menarik-tips-bercinta-jarak-jauhno1.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy