Propellerads

Pengorbanan Seorang Isteri Untuk Menampung Kehidupan Sehingga Terpaksa Bekerja 24 Jam Sehari..Sebak!

Disebabkan keadaan ekonomi yang semakin merundum, ramai pasangan yang berkahwin terpaksa dilakukan secara sederhana dan ikut kemampuan masi...

Disebabkan keadaan ekonomi yang semakin merundum, ramai pasangan yang berkahwin terpaksa dilakukan secara sederhana dan ikut kemampuan masing-masing. Dan rasanya ramai lagi anak muda yang berkeinginan untuk berkahwin terpaksa tangguhkan niat kerana masalah kewangan. 


Bukan semua ibu bapa yang bersetuju untuk dikahwinkan dengan lelaki yang belum tentu dapat menjamin masa depan anak perempuannya. Dan disebabkan itulah banyak berlaku masalah gejala sosial seperti berzina dan lain-lain. Jom ikuti kisah seorang isteri yang dipetik dari facebook Eleana Kamal di mana dia terpaksa berkorban untuk mencari wang selepas berkahwin.

Masa kami mula2 menikah dulu, dia hanya ada sebuah motor Nouvo LC yang masih ada hutang kedai, menyewa rumah flat dan tiada wang simpanan. Kami menikah dengan hanya modal 4k dan semua kami urus sendiri. Hantaran senaskah al-Quran, sepasang telekung yang sama2 kami beli di Jalan TAR (saya ingat lagi airmata dia menitis sebak masa saya try telekung tu), sebentuk cincin acah2 berlian dan mas kahwin rm222 tunai. Tiada wang hantaran. Bernikah di masjid dengan jemputan 200 orang makan bersila. Semua happy. Mulut saya lenguh seharian senyum dan ketawa kerana terlalu gembira. Alhamdulillah.
Lepas tu kami sama2 kumpul duit. Kami kerja makan gaji 8am-5pm setiap hari. Waktu lunch hour kami COD jual barang orang, naik motor tengah panas rembang sampai kadang2 tak sempat makan. Hujan panas kami redah. Orang perli dan ejek, kami tak pedulikan. Yang penting cari duit. Malam selepas anak2 tidur kami berjaga sampai lewat malam menguruskan bisnes part time design kami. Tidur dan rehat tak pernah cukup. Alhamdulillah.
Saya masih ingat gelang emas pertama yang dia belikan untuk saya masa dia dapat bonus. Lepas lunch dia parking motor depan kedai emas di Ampang. Dia minta saya pilih satu gelang. Saya pilih yang paling nipis sebab takut mahal. Duit bonus tu banyak lagi nak guna untuk benda lain. Gelang itulah yang saya pakai hari2 dan yang paling saya sayang. Berkat kesabaran kumpul duit, akhirnya kami dapat beli rumah sendiri dan tukar kereta baru yang selesa untuk anak2. Alhamdulillah.
Lelaki ni banyak mengubah saya, luar dan dalam. Saya tak minta wang hantaran masa menikah kerana bagi saya dialah hantaran terhebat dari Allah untuk saya. Ini bukti Allah masih sayangkan saya sebab bagi peluang kedua untuk merasa manisnya bahagia. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah kerana mengirim lelaki ini untuk saya. Taktau apa yang saya buat sampai dianugerahi lelaki sebaik ini. Panjangkan umurnya, sihatkan tubuh badannya, ampuni dosanya dan terangi hatinya untuk sentiasa beribadah padaMu ya Allah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang kau beri kepada kami hari ini. Alhamdulillah.
Selamat hari jadi sayang, terima kasih untuk kasih sayang dan pengorbanan. Harta di dunia hanya sementara, mari kita kumpul harta untuk di alam seterusnya. Semoga kasih sayang kita sampai ke Jannah. InsyaAllah.
Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita supaya bersyukur dengan apa yang ada tanpa mengungkit-ungkit. Semoga pasangan ini diberkati olehNya. 

LAGI ARTIKEL MENARIK: 
  1. MESTI BACA! Luahan Berani Mati Lelaki Ini Buat Ahmad Maslan Bikin Panas
  2. MESTI TENGOK! Wajah Mengejutkan Pelakon Cilik Kabhi Khushi Kabhi Gham Yang Belum Pernah Dilihat Di Media
  3. Kisah Benar : Gadis Ini Terlanjur Di Ruang Tamu Pada Malam Raya

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Pengorbanan Seorang Isteri Untuk Menampung Kehidupan Sehingga Terpaksa Bekerja 24 Jam Sehari..Sebak!
Pengorbanan Seorang Isteri Untuk Menampung Kehidupan Sehingga Terpaksa Bekerja 24 Jam Sehari..Sebak!
http://4.bp.blogspot.com/-xMEaVqi1QMA/Vos85Ksb-OI/AAAAAAAAKCM/auO5U_SdQbQ/s1600/Isteri%2B1.png
http://4.bp.blogspot.com/-xMEaVqi1QMA/Vos85Ksb-OI/AAAAAAAAKCM/auO5U_SdQbQ/s72-c/Isteri%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/01/pengorbanan-seorang-isteri-untuk.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/01/pengorbanan-seorang-isteri-untuk.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy