Propellerads

Persamaan Antara Ketiga Pengasas Produk Kecantikan Yang Pasti Ramai Tidak Tahu!

Pasti ramai mengenali dengan ketiga-tiga pengasas produk kecantikan ini iaitu Dato Aliff Syukri, Dato Seri Vida dan Puan Rita Sosilawati. M...

Pasti ramai mengenali dengan ketiga-tiga pengasas produk kecantikan ini iaitu Dato Aliff Syukri, Dato Seri Vida dan Puan Rita Sosilawati. Mereka ini telah muncul dalam program 'Terlajak Puteh Nampak' yang disiarkan di Astro Ria yang telah dihoskan oleh Aznil Hj. Nawawi. Malah kini telah menjadi perbualan orang ramai kerana mereka telah menunjukkan segala kekayaan yang telah mereka kecapi sepanjang bergelar seorang usahawan.


Dipetik dari facebook Khairul Hakimin Muhammad, dia telah berkongsi sedikit persamaan antara mereka bertiga ini. Jom kita lihat apa persamaan yang ada antara mereka.


1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial.

Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!

Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut.

Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara yang paling kukuh di Malaysia.

Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah.

Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya sendiri.

Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain. 

2. Bersama. Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita sendiri. Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industry yang sama. Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat. Setiap kali ke tiga-tiga ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat. Antaranya ialah:

Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana. 
Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana. Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.

Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain.

Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.

Dalam industri hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.

3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut orang kata riak, takut mata syaitonirojim. Waima Dato Seri Dr Vida yang mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya. Ya salah satu kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir sampailah dia kahwin.

Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.

Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.

Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.

Mereka ini boleh dijadikan contoh yang baik untuk bangsa Melayu supaya untuk terus maju dalam bidang perniagaan. Jangan jadikan mereka sebagai bahan gelak tawa tetapi anggaplah mereka ini sebagai pemangkin anda untuk terus berjaya. 

LAGI ARTIKEL MENARIK:
  1. Ammar Effendy Dicemuh Oleh Netizen, Che Ta Bagi Penjelasan Yang Mengejutkan!
  2. Respon Mengejutkan Maria Farida Selepas Digelar Sebagai Perampas!
  3. Cun Habis! Adik Anzalna Nasir Yang Tidak Pernah Dilihat Di Media

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Persamaan Antara Ketiga Pengasas Produk Kecantikan Yang Pasti Ramai Tidak Tahu!
Persamaan Antara Ketiga Pengasas Produk Kecantikan Yang Pasti Ramai Tidak Tahu!
http://2.bp.blogspot.com/-wjUbjDQyCN0/Vo4e3slG6TI/AAAAAAAAKIk/S5Q5rPhUEBk/s1600/Aliff-horz.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-wjUbjDQyCN0/Vo4e3slG6TI/AAAAAAAAKIk/S5Q5rPhUEBk/s72-c/Aliff-horz.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/01/persamaan-antara-ketiga-pengasas-produk.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/01/persamaan-antara-ketiga-pengasas-produk.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy