Propellerads

Suka Upload Gambar, Teguran 'Pedas' Buat Pengguna Media Sosial Tegar!

Seringkali kita lihat di media sosial tidak kira lah facebook ke instagram ke twitter ke, orang sentiasa muat naik gambar pergi shopping la...

Seringkali kita lihat di media sosial tidak kira lah facebook ke instagram ke twitter ke, orang sentiasa muat naik gambar pergi shopping lah, makan lah, bercuti lah dan macam-macam lagi. Nak tidur pun siap muat naik gambar lagi siap dengan caption 'good night'. 


Trend terkini pula orang suka sangat upload gambar aktiviti mereka. Hampir setiap masa ada je benda yang nak dikongsikan. Tidak seperti dulu nak kongsi benda yang kita beli pun segan takut ada yang tak mampu nak beli. 

Petikan status yang telah dimuat naik di facebook oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah membuatkan kita sedar betapa zaman sudah berubah.
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.
Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.
Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.  
Nasihat untuk ibu bapa dan pengguna tegar media sosial.
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..
 Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang  mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.
Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.
Jangan disebabkan terlalu ingin berkongsi dengan pengguna media sosial tanpa kita sedar telah timbul satu perasaan yang dikenali sebagai riak. Berubahlah sebelum perkara ini menjadi lebih teruk. 

LAGI ARTIKEL MENARIK:
  1. Isu Breastfeeding, Komen 'Panas' Dari PU Rahmat Membuatkan Netizen Tercegang!
  2. Antara Sambung Belajar Dan Bekerja..Wanita Ini Punyai Jawapan Yang Mengejutkan!
  3. Nama Anak Yang Pelik, Linda Hashim Bagi Penjelasan!







SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Suka Upload Gambar, Teguran 'Pedas' Buat Pengguna Media Sosial Tegar!
Suka Upload Gambar, Teguran 'Pedas' Buat Pengguna Media Sosial Tegar!
http://1.bp.blogspot.com/-OGSXVyDlYCo/VpRonPtPilI/AAAAAAAAKRQ/PBfyWWki69g/s1600/Fazilah%2BKamsah.png
http://1.bp.blogspot.com/-OGSXVyDlYCo/VpRonPtPilI/AAAAAAAAKRQ/PBfyWWki69g/s72-c/Fazilah%2BKamsah.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/01/suka-upload-gambar-teguran-pedas-buat.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/01/suka-upload-gambar-teguran-pedas-buat.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy