Propellerads

Didakwa Anak Mereka Cerita, Ibu Tampil Bagi Penjelasan Bidas Anggapan Netizen!

KLANG: Jika sebelum ini masyarakat digemparkan dengan Kes Buli Berleluasa, Pelajar Dipaksa Gunting Lidah Sendiri?  namun pelbagai tanggapan...

KLANG: Jika sebelum ini masyarakat digemparkan dengan Kes Buli Berleluasa, Pelajar Dipaksa Gunting Lidah Sendiri? namun pelbagai tanggapan dan penjelasan yang timbul dengan kes ini. Malah, beberapa hari lepas, seorang Guru Dedah Kisah Sebenar Mengenai Isu Ini.
Didakwa Anak Mereka Cerita, Ibu Tampil Bagi Penjelasan Bidas Anggapan Netizen!

Malah, hari ini Pengarah Pendidikan Selangor telah mengulas kejadian ini dan mengatakan pihak sekolah belum menjumpai pembuli tersebut, bahkan kes buli ini mungkin tidak berlaku sama sekali.


Disebabkan itu, ramai yang mendakwa bahawa mangsa, Muhammad Alif telah mereka cerita tentang kes buli itu dan bertindak memotong lidah sendiri. Berhubung kes ini, ibu kepada Alif telah tampil memberikan penjelasan lebih lanjut. 

Menurut wanita berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa anaknya bukan seorang yang suka menipu apatah lagi mencederakan diri sendiri.
"Dia seorang anak yang manja. Apa saja yang berlaku kepada dirinya akan diberitahu kepada saya. Saya berasa terkilan kerana tidak mengambil tindakan awal sejak dia mengadu dibuli awal tahun ini."
“Ketika itu saya menganggap ia sekadar usikan rakan-rakan di sekolah dan tidak melaporkannya kepada pihak sekolah. Saya tidak mahu dilabel sebagai ibu yang terlalu sensitif,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya di Bukit Tinggi di sini, semalam.
Tambah ibunya lagi, anaknya bukan jenis kanak-kanak lasak atau gemar melakukan perkara berbahaya.
“Jadi agak mustahil sekiranya dia sengaja menggunting lidahnya sendiri dan kemudian membuat cerita dibuli.
“Dakwaan itu tidak masuk akal kerana dia baru berusia lapan tahun. Sekiranya dia memang jenis bermasalah, mengapa dia tidak pernah mengadu dibuli ketika menghadiri sekolah agama sebaliknya berulang kali mengadu dibuli di sekolah kebangsaan,” katanya kesal.
Susulan kes ini, ibu dan bapa kepada Alif mungkin akan memindahkan anaknya ke sekolah lain atau dihantar ke rumah neneknya di Kelantan. 

Selain itu, menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abd Razak berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes itu dan meminta masyarakat mengelak membuat spekulasi.
“Polis masih belum merekodkan keterangan mangsa dan lima murid yang didakwa membulinya. Perkara ini membabitkan kanak-kanak yang masih bersekolah, jadi polis perlu ambil kira semua sudut termasuk psikologi kanak-kanak yang menjadi mangsa,” katanya.
Semoga kes ini diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak perkara ini berlaku kepada orang lain.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Didakwa Anak Mereka Cerita, Ibu Tampil Bagi Penjelasan Bidas Anggapan Netizen!
Didakwa Anak Mereka Cerita, Ibu Tampil Bagi Penjelasan Bidas Anggapan Netizen!
https://4.bp.blogspot.com/-f8_pnJaesDo/Vvtyz22VryI/AAAAAAAAMTM/2G6zQuFpYOw6KKQRvbWmYigUiGa6y3Rsg/s1600/Manja.png
https://4.bp.blogspot.com/-f8_pnJaesDo/Vvtyz22VryI/AAAAAAAAMTM/2G6zQuFpYOw6KKQRvbWmYigUiGa6y3Rsg/s72-c/Manja.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/03/didakwa-anak-mereka-cerita-ibu-tampil.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/03/didakwa-anak-mereka-cerita-ibu-tampil.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy