Propellerads

Enggan Dedah Wajah Anak Di Kaca TV, Yusry Dan Lisa Surihani Punya Alasan Tersendiri!

Pelakon dan pengarah terkenal Yusry KRU dan isterinya, Lisa Surihani menjelaskan bahawa mereka tidak akan memberikan hak eksklusif ke mana...

Pelakon dan pengarah terkenal Yusry KRU dan isterinya, Lisa Surihani menjelaskan bahawa mereka tidak akan memberikan hak eksklusif ke mana-mana stesen televisyen untuk mendedahkan wajah anak mereka iaitu Yuhaira Leanne.
 Enggan Dedah Wajah Anak Di Kaca TV, Yusry Dan Lisa Surihani Punya Alasan Tersendiri!


Yusry menegaskan bahawa mereka tetap berpegang kepada prinsip dan keputusan bersama untuk tidak kerap mendedahkan gambar anak sulung mereka yang kini berusia enam bulan itu.
"Pertama kali pihak Astro bertanyakan tentang sebuah rancangan untuk memperkenalkan Yuhaira, kami menolak kerana itu sudah bertentangan dengan kenyataan kami sebelum ini iaitu tidak mahu mendedahkan wajah bayi itu."
"Kemudian mereka akur dan bersetuju dengan cadangan kami untuk program yang berkongsi pengalaman bagaimana pertama kali menjadi ibu-bapa," ujarnya kepada mStar Online.
 Enggan Dedah Wajah Anak Di Kaca TV, Yusry Dan Lisa Surihani Punya Alasan Tersendiri!

Mereka ditemui ketika melancarkan program  eBu Babypedia yang diadakan di Grand Duchess, Fraser Place pada hari Selasa yang lepas.

Bagaimanapun, ia tidak bermaksud mereka langsung tidak mahu berkongsi wajah anak mereka namun akan berbuat demikian jika diperlukan.
"Ia bukan bermakna kami tidak langsung mahu kongsi gambarnya, jika ia perlu dan pada masa yang sesuai atau saya rasa ingin kongsi, saya akan lakukan."
"Dalam rancangan televisyen ini ada beberapa babak juga yang kami dedahkan wajahnya iaitu ketika majlis aqiqah kerana macam tidak logik pula kalau dia tidak kelihatan di majlis itu," ujarnya.
Dalam program berkenaan banyak berkongsi tentang petua dan tradisi yang boleh memberi maklumat kepada mereka yang baru bergelar ibu-bapa.

 Enggan Dedah Wajah Anak Di Kaca TV, Yusry Dan Lisa Surihani Punya Alasan Tersendiri!

Katanya, rancangan tersebut secara tidak langsung juga menambah pengetahuannya dalam membesarkan anak mereka.
"Program ini bagus untuk semua yang baru menjadi ibu-bapa kerana beberapa tradisi yang kami tonjolkan dalam rancangan ini mungkin jarang kita dengar."
"Kadang-kadang ada yang pernah dengar tapi kita kurang mengambil berat, walhal perkara itu penting untuk bayi kita," ujarnya.
Program eBu Babypedia bakal bersiaran setiap Rabu bermula 23 Mac ini, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104)

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Enggan Dedah Wajah Anak Di Kaca TV, Yusry Dan Lisa Surihani Punya Alasan Tersendiri!
Enggan Dedah Wajah Anak Di Kaca TV, Yusry Dan Lisa Surihani Punya Alasan Tersendiri!
https://4.bp.blogspot.com/-lIrKeJIr1MY/VvEGH8ulFKI/AAAAAAAAL-E/IC8jeYBOoF4bEnQ0iKM65XtsR03ClfRvQ/s1600/Lisa%2B1.png
https://4.bp.blogspot.com/-lIrKeJIr1MY/VvEGH8ulFKI/AAAAAAAAL-E/IC8jeYBOoF4bEnQ0iKM65XtsR03ClfRvQ/s72-c/Lisa%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/03/enggan-dedah-wajah-anak-di-kaca-tv.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/03/enggan-dedah-wajah-anak-di-kaca-tv.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy