Propellerads

Isu Remaja Kahwin Orang Tua Diperlekehkan, Akhirnya Suami 'Buka Mulut' Bidas Kritikan Netizen!

Berita tentang perkahwinan antara remaja berusia 18 tahun dengan seorang duda anak lapan yang kini berusia 66 tahun menjadi viral di laman...

Berita tentang perkahwinan antara remaja berusia 18 tahun dengan seorang duda anak lapan yang kini berusia 66 tahun menjadi viral di laman sosial. Malah, ramai yang memperlekahkan mereka dan mengutuk tindakan remaja yang dikenali sebagai Nur Nasirah Nazri berkahwin dengan seorang yang hampir sebaya dengan bapanya.
Isu Remaja Kahwin Orang Tua Diperlekahkan, Akhirnya Suami 'Buka Mulut' Bagi Penjelasan Sebenar!


Oleh itu, suami kepada Nur Nasirah iaitu Ismail Lambok telah mengeluarkan kenyataan tentang perkahwinan mereka. Malah, Ismail mengetahui tentang berita perkahwinannya tersebar di laman sosial oleh rakan terdekat dan keluarga. 
“Saya kahwin minggu lepas, cuma buat majlis untuk keluarga terdekat saja. Bukan nak rahsiakan, tapi sudah jangka apa akan jadi kalau buat majlis besar.
“Tapi, gambar kahwin kami tetap tersebar di Facebook. Saya tak baca sebab tak ada akaun, kawan dan keluarga yang beritahu.
“Mereka mungkin sebarkan untuk maksud positif tetapi jadi negatif bila ada yang berniat tak baik,” katanya.
Apabila ditanya tentang kutukan orang ramai terhadap dirinya, Ismail akui bahawa dia tidak kisah dengan semua itu.
“Saya macam biasa, malas nak ambil tahu apa orang cakap. Mungkin mereka tak ada kerja dan suka buang masa dengan kisah orang lain.
“Bukan hal saya saja, kisah orang lain pun mereka bercakap juga dan saya sudah lali sikap masyarakat yang suka mencari kesempatan menjadikan kisah orang lain sebagai bahan bersembang."
“Kita tak tahu maksud sebenar mereka yang menyebarkan berita dan kadang-kadang ditokok tambah menjadi fitnah.
“Semua itu tak datangkan kerugian kepada saya sebab saya bukan orang terkenal, bukan ahli politik. Benda-benda seperti ini tak boleh disekat, mereka bebas beri pendapat,” katanya.
Malah, apabila bercerita tentang perkenalan dengan isteri barunya itu, Ismail mengakui bahawa dia sudah lama mengenali Nasirah.
“Saya sudah mengenali isteri agak lama tetapi baharu sekarang sampai jodoh. Saya sudah menduda 10 tahun dan semua berlaku ketentuan ALLAH,” tambahnya lagi.
Apapun, sudah tertulis jodoh antara mereka. Siapalah kita untuk melawan takdir kan. Semoga perkahwinan Ismail dan Nasirah kekal ke akhir hayat.


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Isu Remaja Kahwin Orang Tua Diperlekehkan, Akhirnya Suami 'Buka Mulut' Bidas Kritikan Netizen!
Isu Remaja Kahwin Orang Tua Diperlekehkan, Akhirnya Suami 'Buka Mulut' Bidas Kritikan Netizen!
https://4.bp.blogspot.com/-lzZa6LJDur4/VvdkqG5WRQI/AAAAAAAAMIU/nbKTaAiWfiIACWF0vjmKdrn0uEddA6SBw/s1600/Nasirah.png
https://4.bp.blogspot.com/-lzZa6LJDur4/VvdkqG5WRQI/AAAAAAAAMIU/nbKTaAiWfiIACWF0vjmKdrn0uEddA6SBw/s72-c/Nasirah.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/03/isu-remaja-kahwin-orang-tua.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/03/isu-remaja-kahwin-orang-tua.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy