Propellerads

Diancam Tarik Balik Tajaan, Akhirnya KAFA 'Buka Mulut' Bidas Kecaman Dato Seri Vida!

PETALING JAYA: Sebelum ini kecoh apabila penaja utama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) iaitu Dato Seri Vida telah mengeluarkan ken...

PETALING JAYA: Sebelum ini kecoh apabila penaja utama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) iaitu Dato Seri Vida telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berkemungkinan akan menarik balik tajaan jika prestasi pasukan masih merundum. 
Diancam Tarik Balik Tajaan, Akhirnya KAFA 'Buka Mulut' Bidas Kecaman Dato Seri Vida!

Susulan daripada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah menyangkal tindakan itu kerana mereka sering mengambil sikap tolak ansur antara kedua pihak bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul. 


Menurut beliau, meskipun KAFA hanya menerima jumlah tajaan sebanyak RM1.4 juta daripada Dato Seri Vida setakat ini, badan induk bola sepak negeri itu tetap menerima sumbangan tersebut dengan hati yang terbuka.
"Hingga saat ini pun KAFA tetap mempunyai hubungan akrab dan sentiasa bekerjasama serta menerima apa sahaja seadanya.
"Kita sentiasa hargai komitmen Datuk Seri Vida, sebab itu bagi kita tidak timbul soal penamatan tajaan kerana kita ambil pendekatan tolak ansur," katanya.
Malah, hubungan baik antara Kafa dan juga Vida akan terus dikekalkan serta apa sahaja isu yang timbul akan diselesaikan secara berunding demi kebaikan bersama.
"Saya sendiri memilih cara berdiam diri dari komentar di Facebook tetapi mengekalkan hubungan akrab dengan para penaja.
"Info ini sekadar kongsi maklumat dengan anda untuk mengelak silap fakta. KAFA akan update bila perlu," katanya di laman Facebook miliknya semalam.
Dato Seri Vida memperuntukkan tajaan sebanyak RM4 juta setahun manakala baki RM4 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan lain seperti membaiki stadium, Wisma DSV, penganjuran Piala DSV dan ganjaran juara bagi kejohanan tersebut.
"Semuanya tak termasuk dalam bajet. Tapi KAFA tidak boleh memaksa," katanya.
Bahkan, KAFA amat mengalu-alukan kehadiran penaja baharu kerana Kelantan memerlukan sekurang-kurangnya RM4 juta lagi untuk memantapkan pasukan musim ini.
"Soal penaja baharu yang lain sememangnya Kafa perlu terus mencari dana kerana kita kekurangan RM4 juta lagi apabila Vida mahukan tajaan beliau dibuat seperti yang dijelaskan," katanya.
Apabila ditanya kepada Dato Seri Vida mengenai kecaman tersebut, inilah jawapan yang diberikan oleh beliau. 
"Saya tidak mempunyai niat untuk menarik diri. Kenyataan itu dibuat kerana mahu menyedarkan pemain dan pengurusan KAFA mengenai pengorbanan saya terhadap pasukan.
"Saya tidak mudah menyerah diri. Sebagai ahli perniagaan, saya dah biasa menghadapi situasi sedemikian, malah lebih teruk lagi," katanya.
 

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Diancam Tarik Balik Tajaan, Akhirnya KAFA 'Buka Mulut' Bidas Kecaman Dato Seri Vida!
Diancam Tarik Balik Tajaan, Akhirnya KAFA 'Buka Mulut' Bidas Kecaman Dato Seri Vida!
https://4.bp.blogspot.com/-qccZIvmYEIc/VyAR9JvOX6I/AAAAAAAANTQ/cdVZw21JxYUCesIOfNdE6LWh9Im-spJLACLcB/s1600/Vida%2B1.png
https://4.bp.blogspot.com/-qccZIvmYEIc/VyAR9JvOX6I/AAAAAAAANTQ/cdVZw21JxYUCesIOfNdE6LWh9Im-spJLACLcB/s72-c/Vida%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/diancam-tarik-balik-tajaan-akhirnya.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/diancam-tarik-balik-tajaan-akhirnya.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy