Propellerads

GEMPAR! Dua Murid Disahkan Mati Mengejut, Punca Sebenar Kematian Didedahkan

KUALA LUMPUR: Dalam dua kejadian yang berbeza, dua orang pelajar disahkan meninggal dunia selepas pengsan di sekolah. Kejadian ini melibatk...

KUALA LUMPUR: Dalam dua kejadian yang berbeza, dua orang pelajar disahkan meninggal dunia selepas pengsan di sekolah. Kejadian ini melibatkan dua lokasi yang berbeza.

Kejadian pertama ini berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa kira-kira pukul 10.10 pagi ini, Mohd. Aiman Mohd. Zalizan, 12, terjatuh dari kerusi di makmal komputer sekolah tersebut lalu pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan. 



Ibu saudara mangsa, Noraini Ishak, 35, berkata, Mohd. Aiman meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang mengikuti sesi pem­belajaran di makmal komputer. 

Dia yang menjaga Mohd. Aiman seperti anaknya sendiri sejak 12 tahun lalu mengakui sangat terkilan dengan kejadian itu. 
“Saya tidak menyangka perubahan sikap anak saudara saya yang murah senyuman sejak kebelakangan ini merupakan petanda dia akan pergi buat selamanya,” katanya ketika ditemui. 
Menurut Noraini, dia reda de­ngan pemergian mengejut tersebut. “Pada bulan lalu, anak saudara saya pernah terjatuh beberapa kali dan mengalami muntah-muntah. 
“Selepas kejadian itu, kami telah menghantar Aiman untuk mendapatkan rawatan di hospital namun doktor tidak dapat mengesan apa penyakitnya,” katanya. 
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohd. Roy Suhaimi Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit sawan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Manakala, kejadian kedua melibatkan seorang murid perempuan tahun enam SK Sungai Pusu, Gombak, dekat sini maut selepas dikatakan pengsan di dalam bilik darjah kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Lyana Shaqirah Amin, 12, dikatakan pengsan di dalam kelas Enam Canggih ketika bangun untuk keluar rehat. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, ekoran kejadian pihak sekolah telah menghubungi ibu mang­sa sebelum membawanya ke klinik di Batu 8, berhampiran dengan sekolah berkenaan. 
“Mangsa disahkan meninggal dunia di klinik pada pukul 11 pagi dan jenazahnya telah dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. 
“Namun punca kematian masih belum dikenal pasti dan pihak polis kini sedang    menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.
Menurut ibu mangsa, Aidy Derwina Ismail, 40, ketika dihubungi berkata, dia menerima panggilan telefon mengatakan anak ketiga daripada empat adik-beradik itu pengsan di sekolah pada pukul 9.50 pagi.

Ujarnya, dia segera ke sekolah bersendirian kerana suaminya, Amin Dahari, 51, yang bekerja sebagai juruukur sambilan menjaga anak bongsunya yang masih kecil di rumah. 
“Bila saya sampai, wajah anak saya dah biru. Ketika itu, saya tahu anak saya sudah tiada, saya reda dengan pemergiannya,” ujarnya. 
Ketika ditanya sama ada terdapat perubahan sikap pada anaknya sebelum kejadian, Aidy Derwina memberitahu, Lyana ada meminta untuk dibuatkan bilik kecil kerana tidak mahu lagi berkongsi bilik bersama kakaknya. 
“Tidak sangka, permintaan itu adalah tanda dia akan tinggalkan kami sekeluarga,” ujarnya sebak.
Sumber: Utusan Online 




SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: GEMPAR! Dua Murid Disahkan Mati Mengejut, Punca Sebenar Kematian Didedahkan
GEMPAR! Dua Murid Disahkan Mati Mengejut, Punca Sebenar Kematian Didedahkan
https://1.bp.blogspot.com/-s77cpY_tS5w/VyA_zTP_PyI/AAAAAAAANUk/QaACOATDqdsE33Zt_ENc4cOkDhvfioLngCLcB/s1600/Adik%2B1.png
https://1.bp.blogspot.com/-s77cpY_tS5w/VyA_zTP_PyI/AAAAAAAANUk/QaACOATDqdsE33Zt_ENc4cOkDhvfioLngCLcB/s72-c/Adik%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/gempar-dua-murid-disahkan-mati-mengejut.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/gempar-dua-murid-disahkan-mati-mengejut.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy