Propellerads

MENGEJUTKAN! Rayani Air Buat Hal Lagi, Batal Penerbangan Sebab Mogok??

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air telah membatalkan beberapa tiket penerbangan beberapa jam sebelum berlepas d...

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air telah membatalkan beberapa tiket penerbangan beberapa jam sebelum berlepas disebabkan oleh juruterbang mogok.
MENGEJUTKAN! Rayani Air Buat Hal Lagi, Batal Penerbangan Sebab Mogok??

Berdasarkan posting penumpang di laman sosial, sekurang-kurangnya tiga penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijadualkan terbang ke Langkawi (RN182), Kota Kinabalu (RN130) dan Kuching (RN154) pada hari Jumaat telah dibatalkan. 


Salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Siti Nadwatul Shima Nor, 24 menjelaskan bahawa tiket penerbangan ke Langkawi dibatalkan selepas tiga kali 'penjadualan semula'. Malah beliau menerima teks menyatakan tentang 'mogok juruterbang' dan 'keperluan operasi' sebagai sebab-sebab pembatalan.
"Semalam, pusat panggilan mereka sendiri telah menghubungi saya untuk mengingatkan tentang penerbangan itu hari ini adalah mengikut jadual tetapi akhirnya dibatalkan," katanya.
Malah, dia terpaksa membeli tiket bas dan menaiki feri ke Langkawi semata-mata untuk meneruskan perjalanannya ke Langkawi untuk bercuti bersama keluarga. 
"Ia sepatutnya menjadi percutian yang menyenangkan tetapi kini menjadi begitu kelam-kabut. Saya tidak dapat membeli tiket penerbangan baharu kerana kos yang tinggi.
"Saya tidak mempunyai pilihan melainkan mengajak ahli keluarga saya naik bas dan membeli tiket feri ke Langkawi," katanya kepada The Star.
Manakala, seorang ejen hartanah iaitu Des Jr Lee, 31 terpaksa membeli tiket penerbangan pesawat lain selepas niatnya untuk terbang ke Kota Kinabalu bersama tunangnya terbantut. 
"Walaupun komunikasi terhad antara staf bawahan dan pegawai atasan mereka, mereka telah melakukan yang terbaik untuk menangani keadaan.
"Saya juga mendapat bayaran balik tunai sebanyak RM396," katanya.
Apapun, pihak Rayani Air belum mengulas lebih lanjut mengenai kejadian ini. Semoga pihak mereka dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. 


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: MENGEJUTKAN! Rayani Air Buat Hal Lagi, Batal Penerbangan Sebab Mogok??
MENGEJUTKAN! Rayani Air Buat Hal Lagi, Batal Penerbangan Sebab Mogok??
https://1.bp.blogspot.com/-MD93OaQQPZg/Vwhb-gEJKqI/AAAAAAAAMlY/9TvOjldqIAIuKk7dZNee0oItZrOIbp_ZA/s1600/Rayani%2B6.png
https://1.bp.blogspot.com/-MD93OaQQPZg/Vwhb-gEJKqI/AAAAAAAAMlY/9TvOjldqIAIuKk7dZNee0oItZrOIbp_ZA/s72-c/Rayani%2B6.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/mengejutkan-rayani-air-buat-hal-lagi.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/mengejutkan-rayani-air-buat-hal-lagi.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy