Propellerads

Perbezaan Antara Teksi Biasa Dan Uber, Penjelasan Lelaki Ini Membuktikan Yang Mana Lebih Baik!

Seperti yang kita ketahui, kini Malaysia mempunyai teksi Uber di mana caj dikenakan berdasarkan jarak perjalanan atau dengan kata lain berda...

Seperti yang kita ketahui, kini Malaysia mempunyai teksi Uber di mana caj dikenakan berdasarkan jarak perjalanan atau dengan kata lain berdasarkan meter teksi.

Ini yang membezakan antara teksi biasa dan Uber di mana teksi biasa mengenakan bayaran tanpa meter dan mungkin caj lebih mahal dari Uber. Ikuti kisah lelaki ini yang dikenali sebagai Hakim Ishraf di mana dia kesal dengan tindakan segelintir teksi memberikan pelbagai alasan apabila diminta bayaran berdasarkan meter. 
Perbezaan Antara Teksi Biasa Dan Uber, Penjelasan Lelaki Ini Membuktikan Yang Mana Lebih Baik!


Sejak kebelakangan ini, saya selalu menggunakan perkhidmatan Uber kerana kereta saya masih berada di bengkel. Semalam saya dari Kuala Lumpur dan bas turunkan saya di Skudai Parade. Saya ternampak beberapa teksi yang sedang menunggu penumpang. 

Saya mendekati mereka dan bertanya, berapa caj tambang dari Skudai Parade ke rumah saya dengan harapan golongan pemandu teksi ini sudah berubah dan menambahbai perkhidmatan mereka.

Mereka jawab, sekitar RM15 - RM20. Jadi, saya pun bertanya lagi, "Pakai meter, tak boleh ke bang?" 

Soalan saya itu membuatkan mereka kelihatan kurang senang. Lalu mereka memberikan alasan yang mereka terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk kembali semula ke Skudai Parade.

Mendengar alasan itu, saya terus beredar dan mencari perkhidmatan Uber. Teka berapa caj yang dikenakan pada saya? Kurang dari RM5!!

Saya jangkakan pemandu teksi sudah berubah, malangnya masih sama, menggenakan caj tambang yang melampau, memilih penumpang dan enggan menggunakan meter.

Tidak hairanlah pemandu Teksi Malaysia tersenarai antara pemandu teksi yang paling teruk di dunia. 

Tolonglah buat penambahbaikan dalam perkhidmatan dan imej teksi. Berhenti berkata, "Cari teksi lain, dekat sangat," atau "Tak boleh, jalan jem,". Bercakaplah dengan nada yang baik dan sopan serta meter di dashboard teksi itu bukan sekadar perhiasan. 

Saya tahu, adalah tidak adil untuk melabelkan kesemua pemandu teksi seperti itu. Bukan semua pemandu teksi itu teruk, saya benar-benar kasihan pada pemandu teksi yang jujur dan cuba mencari rezeki yang halal untuk sara kehidupan.

Perbezaan Antara Teksi Biasa Dan Uber, Penjelasan Lelaki Ini Membuktikan Yang Mana Lebih Baik!

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Perbezaan Antara Teksi Biasa Dan Uber, Penjelasan Lelaki Ini Membuktikan Yang Mana Lebih Baik!
Perbezaan Antara Teksi Biasa Dan Uber, Penjelasan Lelaki Ini Membuktikan Yang Mana Lebih Baik!
https://4.bp.blogspot.com/-B1BP7ARHWJc/VxSVZQyJKKI/AAAAAAAAM8s/GbkrhS32ou0Az_I9EbyvWowfaD_hTx8xACLcB/s1600/Teksi.png
https://4.bp.blogspot.com/-B1BP7ARHWJc/VxSVZQyJKKI/AAAAAAAAM8s/GbkrhS32ou0Az_I9EbyvWowfaD_hTx8xACLcB/s72-c/Teksi.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/perbezaan-antara-teksi-biasa-dan-uber.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/perbezaan-antara-teksi-biasa-dan-uber.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy