Propellerads

SEBAK! 'Pencuri' Tesco Dedah Kisah Hidup Daifnya Yang Menyayat Hati

BUKIT MERTAJAM: Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita tentang tindakan seorang lelaki yang terpaksa mencuri makanan demi anaknya...

BUKIT MERTAJAM: Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita tentang tindakan seorang lelaki yang terpaksa mencuri makanan demi anaknya yang kelaparan. 
SEBAK! 'Pencuri' Tesco Dedah Kisah Hidup Daifnya Yang Menyayat Hati

Lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd Pirdaus Azizan, bapa kepada tiga orang ini tidak dikenakan tindakan undang-undang malah dia ditawarkan bekerja di situ. Kejadian ini mendapat perhatian lebih daripada 10 agensi termasuklah agensi berita antarabangsa.


Mengimbas kembali kejadian tersebut, Pirdaus menjelaskan pada petang 9 Mac yang lalu, anaknya mengadu kelaparan. Disebabkan duit tidak mencukupi untuk membeli makanan, jadi dia terpaksa mencuri makanan yang berharga RM27.
"Kami berjalan-jalan dan lalu di pasaraya Tesco Alma. Oleh kerana saya tak cukup duit dan tidak mahu mengemis atau membebankan orang lain, saya hanya berjalan masuk ke dalam dan memasukkan beberapa makanan ke dalam beg saya.
"Apabila saya ditangkap oleh pengawal dan disoal siasat oleh pengurus kedai, saya mengaku kesalahan saya dan menunjukkan laporan perubatan isteri saya yang saya bawa bersama di dalam beg setiap hari.
"Pengurus itu telah menghubungi polis tetapi selepas memeriksa latar belakang saya, dia membatalkan laporan polis itu, sebaliknya menawarkan saya pekerjaan di pasaraya besar itu. Malah, dia juga memberikan saya wang tunai," katanya kepada Mstar Online
Menurut Pirdaus, anak perempuannya yang berumur 7 tahun masih tidak bersekolah dan dia juga mempunyai dua orang lagi anak lelaki yang masing-masing berumur empat dan dua tahun.
"Sebelum ini kehidupan kami berjalan dengan baik. Walau bagaimanapun, semasa bekerja di kem PLKN, kerajaan mengumumkan penangguhan program dan saya telah hilang pekerjaan.
"Saya mendapat kerja sebagai tukang kimpal di sebuah kilang keluli dan dibayar RM30 sehari, tetapi pendapatan saya tidak stabil.
"Oleh kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi, saya meninggalkan kerja saya di sana dan berpindah ke rumah  flat kos rendah abang ipar saya di Taman Impian Indah.
"Dia tinggal di sana bersama isteri dan dua orang anaknya," katanya.
Tambah Pirdaus lagi, keutamaan dia kini adalah ingin menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dia turut mengatakan bahawa dia akan bekerja di pasaraya besar tersebut apabila bersedia nanti.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: SEBAK! 'Pencuri' Tesco Dedah Kisah Hidup Daifnya Yang Menyayat Hati
SEBAK! 'Pencuri' Tesco Dedah Kisah Hidup Daifnya Yang Menyayat Hati
https://1.bp.blogspot.com/-HRTigPlwyIc/VwIjWalEuII/AAAAAAAAMdw/EU5o7SSMNawzXczt6077JSF1pGSU9ZFcg/s1600/Curi.png
https://1.bp.blogspot.com/-HRTigPlwyIc/VwIjWalEuII/AAAAAAAAMdw/EU5o7SSMNawzXczt6077JSF1pGSU9ZFcg/s72-c/Curi.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/sebak-pencuri-tesco-dedah-kisah-hidup.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/sebak-pencuri-tesco-dedah-kisah-hidup.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy