Propellerads

Siapakah Khai Bahar? Lelaki Yang Jadi Viral Selepas Video Duet Dengan Siti Nordiana Cetus Perhatian Netizen

Selepas nyanyian secara maya bersama Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, penyanyi jalanan Kh...

Selepas nyanyian secara maya bersama Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, penyanyi jalanan Khai Bahar menerima  pelbagai maklum balas positif pengguna laman sosial.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, dia turut menerima pelbagai undangan dan permintaan untuk menjalani temubual daripada beberapa media dan stesen radio tempatan.

"Alhamdulillah, selepas nyanyian duet saya dengan Siti Nordiana menjadi viral laman sosial Instagram, Facebook dan YouTube saya dibanjiri peminat sehingga kini sudah mencecah 97,000 pengikut.
"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana untuk balas semua komen dan banyak juga pihak yang menawarkan saya untuk nyanyi di majlis-majlis mereka menerusi Instagram.
"Sekarang saya terpaksa serahkan kepada kakak saya untuk uruskan dan balas komen-komen kerana saya tidak larat nak balas semua permintaan mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Video tersebut juga mendapat sebanyak lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada minggu lalu.

Malah, Khai mendedahkan bahawa dia bakal menceburi industri hiburan secara serius tidak lama lagi selepas menandatangani kontrak di bawah label NAR Record.


Katanya, dia bakal datang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi memulakan kerjaya sebagai artis dan merakam lagu pertamanya.
"Saya berasal daripada Perlis dan sejak tujuh bulan lalu saya berpindah ke Sarawak dan bekerja sebagai busking di sebuah kedai milik kawan saya.
"Syarikat rakaman NAR Record sudah menawarkan kontrak sebagai artis beberapa bulan lalu sebelum saya jadi viral lagi. InsyaAllah akhir minggu ini saya akan ke Kuala Lumpur untuk persediaan sebagai artis rakaman," ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang Siti Nordiana, Khai berkata dia merupakan salah seorang peminat penyanyi wanita itu.

Siapakah Khai Bahar? Lelaki Yang Jadi Viral Selepas Video Duet Dengan Siti Nordiana Cetus Perhatian Netizen

Dia mengambil kesempatan untuk berduet dengan penyanyi itu selepas mengetahui Siti Nordiana turut mempunyai aplikasi tersebut.
"Saya memang terlalu minat dengan Siti Nordiana terutama selepas dia menang Gegar Vaganza 2. Bila seorang kawan beritahu Siti Nordiana sudah ada aplikasi Smule untuk berduet saya terus gigih mencari akaun dia untuk menyanyi bersama.
"Saya gembira bila dia juga menulis komen positif dengan nyanyian saya di situ. Insya-Allah, impian saya dapat berjumpa dan nyanyi betul-betul dengan dia di atas pentas suatu hari nanti," ujarnya.




SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Siapakah Khai Bahar? Lelaki Yang Jadi Viral Selepas Video Duet Dengan Siti Nordiana Cetus Perhatian Netizen
Siapakah Khai Bahar? Lelaki Yang Jadi Viral Selepas Video Duet Dengan Siti Nordiana Cetus Perhatian Netizen
https://3.bp.blogspot.com/-Suoj1JLVSAA/VyQjH-6hNnI/AAAAAAAANaI/E9AgivMBrb0mHOVATLQEnNbI30IOi_3kgCLcB/s1600/Khai%2B3.png
https://3.bp.blogspot.com/-Suoj1JLVSAA/VyQjH-6hNnI/AAAAAAAANaI/E9AgivMBrb0mHOVATLQEnNbI30IOi_3kgCLcB/s72-c/Khai%2B3.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/siapakah-khai-bahar-lelaki-yang-jadi.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/siapakah-khai-bahar-lelaki-yang-jadi.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy