Propellerads

Tukar BB1M Kepada Tunai, Pelajar Ini Dedah Sebab Utama Mereka Lakukan Tindakan Tersebut Bikin Panas!

Beberapa hari ini panas dengan isu tentang Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) di mana ada segelintir pelajar menukar baucar itu kepada tunai. M...

Beberapa hari ini panas dengan isu tentang Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) di mana ada segelintir pelajar menukar baucar itu kepada tunai. Malah, ramai yang mempertikaikan tindakan pihak yang membeli baucar tersebut dengan harga dipotong sebanyak RM50.
Tukar BB1M Kepada Tunai, Pelajar Ini Dedah Sebab Utama Mereka Lakukan Tindakan Tersebut Bikin Panas!


Penjelasan pelajar ini memberi kesedaran kepada orang ramai apabila beliau menceritakan tentang masalah yang sering dihadapi oleh pelajar universiti. Bahkan cadangan turut diberikan. Ikuti penjelasan pelajar ini.

Dari perdana menteri hingga penulis bicara jari, mereka salahkan mahasiswa mahasiswi Malaysia atas isu panas BB1M yang telah disalahgunakan. 

Kata mereka BB1M guna untuk pembelian buku ilmiah dan kegunaan belajar. Kata mereka BB1M bertujuan meringankan beban mahasiswa/siswi Malaysia. 
Ye. Saya tabik hormat atas keprihatinan Dato Seri Najib yang 'merasai' perit luka anak anak bangsa Dato Seri. Terima kasih Dato Seri. Tapi apa yang Dato Seri berikan ni (BB1M) hanya mencetuskan isu panas apabila kami tukar baucar ini kepada tunai.

"Pelajar kita jadi pelesit baucar"

"Mahasiswa Malaysia akal pendek"

Dato Seri, saya berbesar hati untuk Dato Seri buka mata dan lihat kenapa ramai anak bangsa Dato Seri yang jadi 'manusia tidak bersyukur' apabila menukar BAUCAR KEPADA TUNAI.

Dato Seri bagi kami baucar. Tapi edaran baucar di buat ke seluruh Malaysia di PERTENGAHAN semester . Dato Seri mungkin tak tahu pembelian buku dan nota dibuat di AWAL SEMESTER. Kami dah dahulukan duit makan kami, duit sewa kami, duit fotostat kami untuk beli buku yang perlu. Jadi sekiranya kami menukar baucar kepada tunai, umpama redeem balik duit kami. Secara logik, masih lagi duit baucar tu digunakan utk beli buku cuma nya kami buat loan dari poket kami dulu. Betul tak Dato Seri?

Dato Seri mungkin tak tahu masih banyak lagi IPTA dan IPTS yang belum buat edaran baucar lagi. Ada IPT yang dah nak final exam dah. Macam mana tu Dato Seri?

Keluaran baucar dah lambat Dato Seri. Ada tarikh luput pulak tu. 30/6/2016. Sekiranya Dato Seri buat baucar tanpa tarikh luput, mungkin kami boleh bawa baucar tu ke semester hadapan beli buku untuk semester yang baru. Tapi sedihnya ada tarikh luput.

Bayangkan ya Dato Seri. Buku dah beli, baucar lambat dapat, ada tarikh luput utk kegunaan baucar, jadi apa perlu anak anak bangsa Dato Seri buat lagi?

Dan saya yakin Dato Seri melalui zaman belajar dlm hidup Dato Seri. Hidup kami bukan semata mata buku. Kami berhadapan dgn masalah ekonomi untuk menempuh hari dengan berlapar, mana nak fotostat bahan bacaan, print out assignment. 

Mana yang nak bayar asrama, rumah sewa, bil api air. Saya yakin Dato Seri tahu tentang situasi itu. Media massa kita pernah kecoh dgn mahasiswa ikat perut, mahasiswa kebulorrr.

Kalau Dato Seri boleh bagi bantuan RM100 kepada pelajar2 sekolah, bantuan kewangan lain kepada yang berkeluarga, kenapa tidak Dato Seri tukarkan baucar tu kepada tunai RM250? Tunai RM200 pun sebenarnya dah memadai untuk kami, anak anak bangsa DS.

Macam ni jelah secara ringkas pendapat saya untuk bantuan rakyat Dato Seri yang akan datang.

Kalau Dato Seri nak bagi baucar buku , Dato Seri edarkan baucar awal semester bermula. Baru lah boleh kami beli buku dan manfaatkan sepenuhnya.

Kalau Dato Seri rasa baucar buku tak boleh diedarkan awal, Dato Seri jangan buat tarikh luput ataupun lanjutkan lebih lama tarikh luput.
Ataupun kalau Dato Seri rasa Dato Seri lebih sporting, cadangan saya Dato Seri tukarkan BB1M kepada BPT1M (Bantuan Pelajar Tunai 1 Malaysia) .

Sedih betul saya Dato Seri bila orang kata kami ni tak bersyukur. Siap Harian Metro buat intipan lagi. Harap Dato Seri lebih cemerlang dalam pemerintahan Malaysia. Anak anak bangsa nak lagi rasa duduk di tanah air (rumah kita iaitu negara) tanpa perlu rasa takut dengan 'ayah' sendiri . Hehehe Salam Satu Malaysia DATO SERI.



SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tukar BB1M Kepada Tunai, Pelajar Ini Dedah Sebab Utama Mereka Lakukan Tindakan Tersebut Bikin Panas!
Tukar BB1M Kepada Tunai, Pelajar Ini Dedah Sebab Utama Mereka Lakukan Tindakan Tersebut Bikin Panas!
https://4.bp.blogspot.com/-JQqxuuSu-yg/VwnTY2hVVcI/AAAAAAAAMpw/kJty627ZVY0Tdpz4Aq4s8Boml8c8s_eBQ/s1600/Baucar.png
https://4.bp.blogspot.com/-JQqxuuSu-yg/VwnTY2hVVcI/AAAAAAAAMpw/kJty627ZVY0Tdpz4Aq4s8Boml8c8s_eBQ/s72-c/Baucar.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/tukar-bb1m-kepada-tunai-pelajar-ini.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/tukar-bb1m-kepada-tunai-pelajar-ini.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy