Propellerads

Wanita Pelarian Rohingya Dedah 'Kisah Hitam' Mereka Diperlakukan Seperti BINATANG Bikin Panas Hati!

ALOR SETAR: Beberapa orang pelarian Rohingya ditahan di kem transkit pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand dan mereka dilayan sep...

ALOR SETAR: Beberapa orang pelarian Rohingya ditahan di kem transkit pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand dan mereka dilayan seperti 'binatang' apabila wanita menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem tersebut. 

Malah, pendedahan ini diceritakan oleh salah seorang wanita Rohingya yang turut berada di situ sebelum berjaya melepaskan diri. Beliau ialah Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang dimana dia ditahan bersama anak yang berumur beberapa bulan. 

"Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu."
"Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan Bernama menerusi penterjemah di sini.
"Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka."
"Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul.
Di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak-anak kecil.

Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit.
"Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami. Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya.
Pada asalnya, Nur Khaidha, yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya.

Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri.

Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia. 

Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol.  
"Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan."
"Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya.
Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia.


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Wanita Pelarian Rohingya Dedah 'Kisah Hitam' Mereka Diperlakukan Seperti BINATANG Bikin Panas Hati!
Wanita Pelarian Rohingya Dedah 'Kisah Hitam' Mereka Diperlakukan Seperti BINATANG Bikin Panas Hati!
https://3.bp.blogspot.com/-j8_ZPhUiSYU/VxrcERTrGtI/AAAAAAAANEw/C02VQsuj1tIaKwE9HMdBhmvdoDPCHpQRACLcB/s1600/Kem.png
https://3.bp.blogspot.com/-j8_ZPhUiSYU/VxrcERTrGtI/AAAAAAAANEw/C02VQsuj1tIaKwE9HMdBhmvdoDPCHpQRACLcB/s72-c/Kem.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/04/wanita-pelarian-rohingya-dedah-kisah.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/04/wanita-pelarian-rohingya-dedah-kisah.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy