Propellerads

Gadis 22 Tahun Yang Mempunyai Berat 18kg Mati Didera Selepas Terdapat Kesan...MENGEJUTKAN!

KEMAMAN: Semalam dikejutkan dengan kematian seorang gadis berumur 22 tahun yang berat badannya hanya 18 kilogram dan tubuhnya dipenuhi kesan...

KEMAMAN: Semalam dikejutkan dengan kematian seorang gadis berumur 22 tahun yang berat badannya hanya 18 kilogram dan tubuhnya dipenuhi kesan gigitan manusia membongkar penderitaan ditanggung mangsa yang dipercayai didera hingga menemui ajal.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kematian mangsa selepas laporan dibuat bapa kepada gadis malang itu pada 26 April lalu.

ARTIKEL MENARIK: Susulan Tangan Pelajar Putus Disedut Mesin Pam Angin, Inilah Kisah Sebenar Disebalik Kejadian Tersebut!

Menurutnya, bapa gadis itu memaklumkan bahawa anaknya itu meninggal dunia di rumah mereka di Batu 5, Binjai disebabkan demam panas.
"Bagaimanapun selepas pihak polis datang menjalankan pemeriksaan terhadap mayat mangsa terdapat beberapa perkara yang mendatangkan syak terhadap si mati.
“Pada peringkat awal kita buka kes di bawah mati mengejut tapi selepas pemeriksaan dilakukan kita dapati adanya unsur-unsur jenayah dan susulan itu mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
"Selepas dua bedah siasat dijalankan kita dapati mayat tersebut mengalami jangkitan kuman dan ada kesan kebuluran. Sebahagian besar tubuh mangsa juga ada kesan gigitan manusia dan selain itu mangsa turut mengalami beberapa kecederaan lain termasuk lebam di bahagian mata,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kemaman.
Menurut beliau, berikutan itu pihak polis terpaksa mengklasifikasikan semula kes itu dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Malah, dari hasil siasatan, polis dapati mangsa tinggal di rumah di Batu 5, Binjai itu bersama bapa kandungnya yang bekerja sebagai mekanik, ibu tiri dan dua adiknya iaitu adik perempuan yang berusia 21 tahun dan adik lelaki berumur 14 tahun.

Susulan itu, Mohd Said berkata, polis menahan bapa kandung mangsa yang berusia 49 tahun, ibu tiri yang berumur 35 tahun dan kedua-dua adik mangsa di rumah bapa ibu tiri mangsa di Geliga, di sini, pada jam 11.50 pagi semalam.

Menurutnya, keempat-empat ahli keluarga mangsa itu ditahan reman selama tujuh hari bermula haru ini bagi membantu siasatan lanjut kes itu.
"Mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik bersama dua adiknya berada di bawah penjagaan bapanya selepas kedua ibu bapanya bercerai.
"Adik lelakinya yang berumur 14 tahun itu juga sudah tidak bersekolah," katanya.
Difahamkan ibu kandung mangsa merupakan wanita Cina mualaf dan menetap di Pulau Pinang.

Mohd Said memberitahu, disebabkan kematian mencurigakan itu ibu kandung mangsa turut membuat laporan polis agar siasatan lanjut dilakukan berhubung kematian anaknya itu.
“Dalam siasatan lanjut kes ini, pihak polis juga akan dapatkan ujian perubatan gigi terhadap suspek yang ditahan, kita akan minta khidmat pihak doktor gigi,” katanya.
Apapun, kita masih menunggu hasil siasatan dari polis terhadap kesan-kesan yang terdapat pada badan mangsa. Jenazah telah dikebumikan pada 30 April yang lalu di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman pada jam 6 petang.

Sumber: Sinar Harian 



SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Gadis 22 Tahun Yang Mempunyai Berat 18kg Mati Didera Selepas Terdapat Kesan...MENGEJUTKAN!
Gadis 22 Tahun Yang Mempunyai Berat 18kg Mati Didera Selepas Terdapat Kesan...MENGEJUTKAN!
https://4.bp.blogspot.com/-Z3txSHWSyOg/Vyf8FUSF9zI/AAAAAAAANeU/yglxrk-xEhMwpCgkOLnFDrDIEe9n4Ad2wCLcB/s1600/Dera.png
https://4.bp.blogspot.com/-Z3txSHWSyOg/Vyf8FUSF9zI/AAAAAAAANeU/yglxrk-xEhMwpCgkOLnFDrDIEe9n4Ad2wCLcB/s72-c/Dera.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/05/gadis-22-tahun-yang-mempunyai-berat.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/05/gadis-22-tahun-yang-mempunyai-berat.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy