Propellerads

ASTRO Buat Hal Lagi! Nak Terminate Bayar RM360, Jika Tak Puas Hati Komplen Di FB

Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis ya...

Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. 
ASTRO Buat Hal Lagi! Nak Terminate Bayar RM360, Jika Tak Puas Hati Komplen Di FB

Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?

RM120 penalti
RM80 penalti
RM88 bil bulanan
RM70 1 bulan notis.

1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? 

Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la. 

Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? 


Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?

Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan. 

Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak. 

Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. 

Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. 

Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi. - Sephia Mhd Bhrm 

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: ASTRO Buat Hal Lagi! Nak Terminate Bayar RM360, Jika Tak Puas Hati Komplen Di FB
ASTRO Buat Hal Lagi! Nak Terminate Bayar RM360, Jika Tak Puas Hati Komplen Di FB
https://4.bp.blogspot.com/-R6PXk4tmcNw/V3Sfi4FpyKI/AAAAAAAAQEg/13Slfz_kmn4oSIBp6OH9PlcuU0v56z-4ACLcB/s1600/Astro.png
https://4.bp.blogspot.com/-R6PXk4tmcNw/V3Sfi4FpyKI/AAAAAAAAQEg/13Slfz_kmn4oSIBp6OH9PlcuU0v56z-4ACLcB/s72-c/Astro.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/astro-buat-hal-lagi-nak-terminate-bayar.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/astro-buat-hal-lagi-nak-terminate-bayar.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy