Propellerads

Hasrat Terakhir Anggota Rela Tak Tercapai Apabila Maut Dalam Kemalangan...SEBAK!

KUALA KANGSAR: Seorang anggota rela maut dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangi beliau dilanggar oleh kereta dari arah bertent...

KUALA KANGSAR: Seorang anggota rela maut dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangi beliau dilanggar oleh kereta dari arah bertentangan. Kejadian ini berlaku di  Kampung Ketior semalam. 

Menurut Pegawai Rela, Jasni Md Isa menceritakan detik terakhir beliau bertugas bersama mangsa Zainul Fuad Zahar, 50, sebelum kejadian berlaku. 
"Arwah begitu bersemangat sehingga sanggup membeli sarung tangan baru untuk membuka pintu kereta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."
Menurut Jasni, sebaik mengetahui Timbalan Perdana Menteri mahu berkunjung ke Kuala Kangsar, arwah bersungguh-sungguh meminta supaya dia ditugaskan di sana.

Tambahnya, dia keberatan untuk membenarkan pada mulanya namun kerana melihatkan semangat arwah, Jasni akhirnya berlembut hati dan membenarkan arwah bertugas di sana.

"Bila jumpa dia di Manong, arwah tunjukkan sarung tangan baru dibelinya. Dia kata itu istimewa untuk buka pintu kereta Timbalan Perdana Menteri.
"Saya rasa sangat terkilan kerana membenarkan dia bertugas di Manong. Namun, saya lega kerana hasrat terakhirnya tercapai juga.
"Mungkin sudah tertulis ajalnya begini tetapi rasa terkilan dan sedih tetap ada," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar, di sini, malam tadi.
Ujar Jasni, dia kehilangan seorang anggota yang sangat rajin serta komited dengan tugasnya meskipun terpaksa bekerja hingga lewat malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq mengesahkan menerima laporan kejadian ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha dipandu mangsa memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.
"Mangsa dari Manong menghala ke Kuala Kangsar. Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa mengubah haluan dan masuk ke laluan bertentangan.
"Sebuah Proton Exora yang berada di laluan bertentangan tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan motosikal mangsa.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Sumber: Sinar Harian

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Hasrat Terakhir Anggota Rela Tak Tercapai Apabila Maut Dalam Kemalangan...SEBAK!
Hasrat Terakhir Anggota Rela Tak Tercapai Apabila Maut Dalam Kemalangan...SEBAK!
https://2.bp.blogspot.com/-zWtl2jynSWk/V1905_quFyI/AAAAAAAAPUw/-knMvaBfxKkxtQd-rlUmwkH5lSFUw67nACLcB/s1600/Rela.png
https://2.bp.blogspot.com/-zWtl2jynSWk/V1905_quFyI/AAAAAAAAPUw/-knMvaBfxKkxtQd-rlUmwkH5lSFUw67nACLcB/s72-c/Rela.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/hasrat-terakhir-anggota-rela-tak.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/hasrat-terakhir-anggota-rela-tak.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy