Propellerads

Inilah PUNCA SEBENAR 'Chikaboo' Terlepas Sehingga Menjadi Popular Dalam Sekelip Mata!

KUALA LUMPUR: Beberapa hari lalu kecoh apabila dikatakan seekor burung unta telah terlepas di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran susur kelu...

KUALA LUMPUR: Beberapa hari lalu kecoh apabila dikatakan seekor burung unta telah terlepas di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran susur keluar ke Universiti Malaya.

Menurut pemilik burung unta itu, Darren Chow mengatakan dia tidak menyangka bahawa burung unta yang diberi nama Chikaboo itu melompat keluar dari tingkap meskipun selama ni dia tidak pernah berbuat demikian walaupun tingkap terbuka. 

Bahkan, Darren menjelaskan mungkin binatang peliharaannya itu seperti tahu ia akan dipindahkan dari rumahnya di Shah Alam, Selangor ke ladang Ostrich Wonderland di Semenyih, Selangor. 
“Saya berasa terkejut kerana sebelum ini, Chikaboo tidak pernah melompat keluar dari kenderaan walaupun tingkap dibuka.
“Chikaboo seperti memahami bahawa ia akan dihantar ke tempat baharu dan mungkin sebab itu Chikaboo melompat keluar ketika dalam perjalanan,” jelasnya.
Menurut Darren, Chikaboo yang berusia 6 bulan itu telah lari dari Jalan Universiti sehingga MidValley dan ia telah berhenti kerana keletihan.


Tambahnya lagi, proses untuk menangkap binatang itu mengambil masa lebih kurang sejam dengan bantuan orang ramai yang menggunakan lebuh raya berkenaan. 
“Sebenarnya saya berasa sayang  dan sedih untuk menghantar Chikaboo ke ladang Ostrich Wonderland. 
“Tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana ada jiran yang mengadu kepada pihak berkuasa dan tidak gemar saya memelihara Chikaboo kerana menganggap burung unta sebagai binatang liar dan tidak jinak,” jelas Darren. 
Sementara itu, pemilik Ostrich Wonderland, Casey Teh ketika dihubungi berkata, dia akan membuat kandang khas bagi memudahkan orang ramai melawat burung unta berkenaan. 
“Saya berasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian terbabit dan bersyukur tiada kemalangan berlaku akibat kejadian itu,” katanya.


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Inilah PUNCA SEBENAR 'Chikaboo' Terlepas Sehingga Menjadi Popular Dalam Sekelip Mata!
Inilah PUNCA SEBENAR 'Chikaboo' Terlepas Sehingga Menjadi Popular Dalam Sekelip Mata!
https://2.bp.blogspot.com/-Yps9E2jNSjo/V2SnMB4SA_I/AAAAAAAAPdE/p_hJERP7Km4yfTY4pBXnUtmJhYJzXzDAwCLcB/s1600/Chikaboo.png
https://2.bp.blogspot.com/-Yps9E2jNSjo/V2SnMB4SA_I/AAAAAAAAPdE/p_hJERP7Km4yfTY4pBXnUtmJhYJzXzDAwCLcB/s72-c/Chikaboo.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/inilah-punca-sebenar-chikaboo-terlepas.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/inilah-punca-sebenar-chikaboo-terlepas.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy