Propellerads

Inilah Punca Sebenar Peniaga Bazar Bengang Sehinggakan Bertindak Membakar Gerai!

BALAKONG: Gara-gara bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan, seorang peniaga bertindak membakar gerai ba...

BALAKONG: Gara-gara bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan diusahakan sebagai tanda protes kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak tersebut.

Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan.

Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya.


Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja  hangus terbakar.

Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam.

Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak yang wujud sejak 18 tahun lalu.
“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.
“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.
Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.
“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,” katanya lagi.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Inilah Punca Sebenar Peniaga Bazar Bengang Sehinggakan Bertindak Membakar Gerai!
Inilah Punca Sebenar Peniaga Bazar Bengang Sehinggakan Bertindak Membakar Gerai!
https://1.bp.blogspot.com/-pLaqO_htlN8/V1jAOO3hGDI/AAAAAAAAPFY/t3Fe10a9pTAWqypZS-C8_GoBx1FVabjPACLcB/s1600/Gerai.png
https://1.bp.blogspot.com/-pLaqO_htlN8/V1jAOO3hGDI/AAAAAAAAPFY/t3Fe10a9pTAWqypZS-C8_GoBx1FVabjPACLcB/s72-c/Gerai.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/inilah-punca-sebenar-peniaga-bazar.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/inilah-punca-sebenar-peniaga-bazar.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy