Propellerads

Inilah PUNCA SEBENAR Raja Ema Batal Hasrat Kahwin Selepas Aidilfitri!

Pelakon dan penyanyi terkenal era 1980-an, Raja Ema telah membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang sepatutnya...

Pelakon dan penyanyi terkenal era 1980-an, Raja Ema telah membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang sepatutnya dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, 48, berkata, dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah berfikir panjang dan mengambil kira kesan terhadap kerjaya dan anak-anaknya.
"Belum ada jodoh lagi untuk berkahwin semula seperti yang dirancang. Setelah fikir masak-masak saya ambil keputusan untuk kami berkawan sahaja dulu.
"Banyak perkara yang terpaksa saya ambil kira seperti saya terpaksa berhenti daripada kerjaya seni yang mana saya baru sahaja mulakan," ujarnya kepada mStar Online.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jejaka Idaman itu dilaporkan bakal berkahwin selepas Aidilfitri dan bakal menetap bersama suami di London.


Inilah PUNCA SEBENAR Raja Ema Batal Hasrat Kahwin Selepas Aidilfitri!

Selain itu, Raja Ema berkata, dia tidak mahu membuat keputusan untuk berkahwin hanya mengikut perasaannya semata-mata.
"Saya juga tidak boleh ikut perasaan sahaja, saya perlu fikir anak-anak sama ada mereka terima atau tidak jika saya berkahwin semula.
"Pendek kata, banyak faktor membuatkan saya menolak lamaran untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, jika dia tidak dapat terima saya lagi pun tidak mengapa saya reda sahaja," ujarnya.
Selain itu, ditanya tentang lelaki tersebut, Raja Ema berkata, dia masih mencari seorang lelaki yang memahami dan berkualiti untuk dijadikan sebagai suami.
"Pada usia ini saya tidak fikir berkahwin sekadar untuk berseronok sahaja, sebaliknya mencari teman hidup yang memahami.
"Saya mahu seorang lelaki yang berkualiti dan boleh menjadi pasangan hidup di saat susah dan senang," ujarnya.
Raja Ema sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal dan dikurniakan dua cahaya mata Putera Ammar, 22, dan Putera Al Kashah, 20.



SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Inilah PUNCA SEBENAR Raja Ema Batal Hasrat Kahwin Selepas Aidilfitri!
Inilah PUNCA SEBENAR Raja Ema Batal Hasrat Kahwin Selepas Aidilfitri!
https://4.bp.blogspot.com/-mbAIN6Dr3Yw/V3N-mNPqyVI/AAAAAAAAQB0/zZDNcp55l0geSLSWv60Xg8HMwra_-2tIACLcB/s1600/Raja%2B1.png
https://4.bp.blogspot.com/-mbAIN6Dr3Yw/V3N-mNPqyVI/AAAAAAAAQB0/zZDNcp55l0geSLSWv60Xg8HMwra_-2tIACLcB/s72-c/Raja%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/inilah-punca-sebenar-raja-ema-batal.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/inilah-punca-sebenar-raja-ema-batal.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy