Propellerads

Jeritan Anaknya Menjadi Mimpi Ngeri Apabila Maut Dalam Kemalangan, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!

KUALA KUBU BHARU: Jeritan cahaya mata tunggalnya, Hanna Humaira Mohd Hasnun, 1, sebelum maut dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di K...

KUALA KUBU BHARU: Jeritan cahaya mata tunggalnya, Hanna Humaira Mohd Hasnun, 1, sebelum maut dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak beberapa hari lalu pastinya menjadi igauan Mohd. Hasnun Ramli buat selama-lamanya.

Apatah lagi nahas yang berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi itu turut mengorbankan isterinya, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28.

Menceritakan kejadian, Mohd. Hasnun, 29, dalam nada sebak memberitahu, dia bersama keluarga dalam perjalanan ke Bangsar, Kuala Lumpur untuk menziarahi jenazah bapa saudara isterinya yang baru meninggal dunia sebelum kemalangan.


Ujarnya, setiba di lokasi kejadian, dia yang memandu kereta jenis Suzuki Swift dan berada di laluan kanan memperlahankan kereta kerana melihat beberapa kenderaan di hadapan bergerak perlahan ekoran terdapat lori terbalik.
“Tiba-tiba saya melihat treler yang berada dari arah belakang meluru laju kemudian merempuh dan menyebabkan kereta saya berpusing ke laluan tengah sebelum dirempuh sebuah lagi treler dari arah kiri.
“Rempuhan itu menyebabkan saya tersepit pada stereng dan dihempap cermin hadapan manakala isteri tersepit di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya.
Mohd. Hasnun yang pasrah dengan kejadian tersebut berkata, dia sedar semasa rempuhan berlaku hanya sempat mendengar jeritan anak dan memeriksa nadi isteri sebelum dikeluarkan pasukan bomba dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, jenazah isteri dan anaknya akan dikebumikan di Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Pulau Pinang.

Dua mangsa yang cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu Datuk Hamzah Ahmad serta isterinya, Datin Zaharah Ali dihantar ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kemalangan berpunca daripada treler yang terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah dan merempuh lima buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Mohd. Hasnun.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan apabila sebuah lagi treler dari laluan tengah tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.
“Akibat rempuhan tersebut mangsa tersepit antara kedua-dua treler. Kejadian itu menyebabkan kenderaan lain tidak sempat mengelak hingga berlaku pelanggaran seterusnya,” katanya.
Tambah Supramaniam, pemandu treler ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.





SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Jeritan Anaknya Menjadi Mimpi Ngeri Apabila Maut Dalam Kemalangan, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!
Jeritan Anaknya Menjadi Mimpi Ngeri Apabila Maut Dalam Kemalangan, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!
https://2.bp.blogspot.com/-obqg35DUzdU/V23lvpuH2iI/AAAAAAAAPxQ/WNHP4S7Y7FkI3oj2lhdqpzSF8UDS0yzoACLcB/s1600/Maut%2B1.png
https://2.bp.blogspot.com/-obqg35DUzdU/V23lvpuH2iI/AAAAAAAAPxQ/WNHP4S7Y7FkI3oj2lhdqpzSF8UDS0yzoACLcB/s72-c/Maut%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/jeritan-anaknya-menjadi-mimpi-ngeri.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/jeritan-anaknya-menjadi-mimpi-ngeri.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy